Nak Anak Cepat Membesar? 6 Cara Berkesan Menggalakkan Pembesaran Anak Sihat: How to Encourage Healthy Child Growth

Pembesaran anak

Tahun pertama kelahiran bayi adalah masa paling penting untuk pembesaran anak, terutama dari segi fizikal dan mental. Ini adalah masa pertumbuhan yang sangat cepat dalam aspek sosial, emosi, dan bahasa mereka.

Menurut Mayo Clinic, berat bayi akan bertambah tiga kali ganda dari berat asal mereka sewaktu lahir. Berikut adalah 6 tips terbaik untuk meningkatkan pembesaran anak yang sihat.

1. Pastikan Anak Aktif

Langkah pertama adalah dengan mendorong perkembangan mental dan fizikal anak. Bermain dengan anak dapat membantu mereka bergerak dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada bulan pertama, ibu bapa boleh mula membacakan buku kepada anak.

Selepas 3 bulan, ibu bapa sudah boleh beralih ke buku bergambar. Ibu bapa juga boleh membuat buku bergambar sendiri menggunakan gambar benda atau orang sekeliling. Cara ini akan membuat anak mahukan perhatian dan pergaulan dengan anda.

Pembesaran anak dapat berkembang dari segi emosi dan sosial apabila ibu bapa menjalankan aktiviti ini bersama-sama.

Aktiviti bermain bersama anak bukan sahaja membantu dalam perkembangan minda tetapi juga dalam perkembangan fizikal anak. Bermain dengan blok mainan, bola, atau permainan tarik-tolak dapat meningkatkan kekuatan otot dan koordinasi pergerakan anak.

2. Kepentingan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup membantu pembesaran anak

Bayi memerlukan lebih banyak masa tidur daripada kanak-kanak yang lebih tua. Jika anda melihat anak anda mengantuk, pastikan mereka mendapat tidur yang cukup.

Tidur yang cukup bukan sahaja dapat memulihkan tenaga, malah ianya dapat merangsang pembesaran anak secara berterusan. Pastikan bayi medapat tidur yang secukupnya, iaitu diantara 12 sehingga 16 jam sehari.

Bayi kebiasaannya tidur dalam masa 20 hingga 50 minit pada satu -saty masa. Memastikan anak tidur mencukupi dapat merangsang pembesaran anak secara lebih teratur. Ibu bapa juga boleh memastikan susana tempat tidur anak selesa dan tidak terlalu gelap atau terang bagi memastikan anak mudah tidur.

3. Ulang Percakapan dan Perbuatan bagi Menggalakkan Pembesaran

Bayi aktif menggalakkan pembesaran anak

Bermain dengan anak dan mengulang perkataan serta perbuatan adalah penting. Pengulangan percakapan dan perbuatan membantu anak belajar, meningkatkan keyakinan diri, dan merangsang perkembangan otak anak  mereka pada tahun pertama kelahiran.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh melatih anak untuk bercakap perkataan mudah seperti mama, papa, bola, suka, biru dan sebagainya. Pastikan anak mahir bertutur sebelum mengajar perkataan baru bagi memastikan pembesaran anak teratur.

4. Sediakan Mainan yang Mencukupi

Pembesaran anak dengan memberi mainan

Mendedahkan anak kepada pelbagai mainan dapat menggalakkan perkembangan minda mereka. Mainan yang berwarna-warni dan selamat membantu meningkatkan rasa ingin tahu anak. Tukar mainan kepada yang lebih rumit secara beransur-ansur untuk perkembangan otak anak yang berterusan.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi anak patung yang berbentuk bintang dan buah-buahan. apabila anak semakin membesar, boleh memberi mainan berbentuk haiwan seperti kura-kura atau lori mainan.

Anak akan dapat belajar secara gambaran mengenai palbagai bentuk yang sekaligus meningkatkan pertumbuhan otak anak. Ini dapat menjamin pembesaran anak dengan lebih pantas.

5. Galakkan Anak untuk Mengembara

Untuk memastikan perkembangan anak, sediakan objek dan peralatan yang selamat di tempat yang boleh dicapai oleh mereka. Boleh juga awasi anak mengembara di dalam rumah dan berinteraksi dengan pelbagai objek selamat di persekitaran rumah. Apabila anak melihat banyak benda dan pengalaman baru, ianya sekaligus meningkatkan pembesaran anak.

6. Ajar Anak Menggunakan Barang

Ajar anak menggunakan barang dengan cara yang betul dan berikan pujian serta hadiah sebagai sokongan emosi apabila mereka berjaya mengikut perbuatan anda. Ini dapat membuat anak teruja dan belajar cara menggunakan peralatan seperti cawan, mangkuk, dan kasut.

Cara ini penting bagi memastikan pembesaran anak yang sihat terutama dari segi minda yang berkembang. Pembesaran anak yang baik haruslah sentiasa dipantau oleh ibu bapa. Ibu bapa perlulah lebih proaktif dalam memastikan anak membesar dengan baik terutama dalam 12 bulan pertama selepas kelahiran.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan pembesaran anak dengan menjaga pemakanan anak secara sihat. Makanan yang baik untuk bayi dapat meningkatkan berat badan bagi membantu pertumbuhan yang cepat.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top