6 Jenis Makanan Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu : Best Foods to Increase Breast Milk

Ibu menyusu perlu menjaga pemakanan untuk mengekalkan penghasilan susu buat bayi

Sesetangah ibu pasti ada yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperbanyakkan susu badan dan salah satunya melalui pengambilan makanan. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang perlu dirancang supaya dapat memulihkan kembali tenaga, mengembalikan rasa segar badan dan membanyakkan penghasilan susu yang berkualiti untuk bayi. Susu ibu adalah sumber pemakanan utama dan terbaik untuk tumbesaran bayi. Segala makanan yang diambil oleh ibu akan menyalurkan khasiatnya kepada bayi melalui susu badan yang diminum. Berikut merupakan antara makanan yang perlu diambil untuk membantu memperbanyakkan susu badan :

  1. Kurma

See the source image

Buah kurma juga merupakan antara makanan yang baik buat para ibu yang menysusukan anak. Kandungan zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan yang terdapat di dalam buah kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Nutrien tryptophan sangat diperlukan dalam badan untuk membina protein dan menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang membantu proses penghasilan susu badan. Pengambilan buah kurma juga dapat membantu memulihkan tenaga semula setelah proses bersalin, mengurangi keletihan dan melancarkan pencernaan. Kurma mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Ia memberi tenaga kepada tubuh ibu.  Ia mengelakkan ibu letih dalam aktiviti penyusuan. Bila tubuh ibu mula letih, hormon stress akan terhasil. Hormon stress ini akan menyekat penghasilan susu. Oleh sebab itu, penting ibu kekal bertenaga semasa aktiviti menyusu. Jadi, buah kurma boleh membantu beri tenaga kepada ibu menyusu.

  1. Bawang Putih

See the source image

Bawang putih memiliki sifat laktogenik yang akan membantu menambahkan kandungan susu dalam badan. Perbanyakkan masakan menggunakan bawang putih untuk mendapatkatkan khasiatnya Selain itu, bawang putih juga boleh dibakar dan dimakan begitu sahaja ataupun sagat 3 ulas bawang putih ke dalam segelas susu yang telah dicampurkan sedikit madu.

  1. Oat

See the source image

Oat kaya dengan zat besi dan merupakan makanan yang menyelerakan dan mengenyangkan. Ia juga membantu ibu untuk lebih tenang dan relaks. Apabila ibu menjadi lebih tenang, maka hormon oxytocin akan terhasil dengan banyak. Hormon ini merupakan antara hormon yang penting untuk penghasilan susu ibu. Ibu digalakan mengambil oat yang dicampur dengan pemanis asli seperti madu dan hirisan kurma.

  1. Sayuran Hijau

See the source image

Sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan sawi adalah amat baik untuk kesihatan menyeluruh terutama buat ibu yang sedang menyusukan bayi. Ini kerana sayuran berdaun hijau diperkaya dengan vitamin A, C dan juga zat besi. Ia juga membantu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Sayuran hijau juga merupakan alternatif terbaik menggantikan produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Pengambilan sayuran dalam diet ibu yang sedang menyusukan bayi dapat menambahkan kandungan lemak baik dalam susu badan serta mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan sayuran hijau digalakkan setiap hari sepanjang tempoh menyusukan bayi. Boleh masak tanpa menggunakan minyak yang banyak bersama lada hitam dan bawang putih ataupun dicelur bersama sedikit garam.

  1. Habbatus Sauda

See the source image

Asid lemak tidak tepu di dalam habbatussauda dapat melancar dan memperbanyak susu ibu. Amalan mengambil habbatussauda secara kerap membantu meningkatkan kasih sayang antara ibu dan anak melalui pengeluaran susu yang lancar. Selain dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, habbatus sauda juga dapat membantu mengubati pelbagai penyakit kerana ia berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit.

  1. Air

See the source image

Air bukanlah makanan tetapi dengan minum air akan bantu anda mendapat stok susu yang banyak. Ini kerana air merupakan sumber cairan yang penting dalam penghasilan susu. Jika kurang pengambilan air seharian, maka jumlah susu yang dihasilkan juga sedikit walaupun anda dah makan segala makanan yang banyakkan susu. Selain itu, rajin-rajinkan diri anda minum air putih sebab air juga bantu mendetox segala toxin yang tidak diperlukan dalam badan.

Makanan yang telah disenaraikan ini sangat bermanfaat bagi ibu yang ingin memperbanyakkan penghasilan susu badan. Pemakanan yang sihat dan semimbang penting untuk menjamin kesihatan ibu menyusu supaya sentiasa kekal sihat dan mampu membekalkan kuantiti susu yang mencukupi kepada bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top