6 Masalah Kesihatan Yang Sering Dialami Oleh Bayi : Children’s Health Problem

Bayi yang baru lahir akan sering mengalami masalah kesihatan disebabkan daya tahan tubuh dan organ yang masih belum sempurna

Pengenalan

Masalah demam atau selesema seringkali dikaitkan dengan faktor perubahan cuaca secara mendadak. Orang dewasa yang alami masalah kesihatan seperti demam atau selesema mungkin akan sekadar ambil ringan dan hanya perlukan rehat untuk beberapa hari. Berbeza pula dengan bayi, yang sememangnya memerlukan perhatian yang teliti. Hal ini kerana imun dalam badan mereka yang masih lemah dan perlukan perlindungan sebaik mungkin supaya masalah kesihatan yang dihadapi oleh bayi tidak semakin merebak dan melarat.Masalah kesihatan yang dialami oleh bayi yang baru lahir sememangnya bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini kerana, bayi yang baru lahir tidak memiliki daya tahan yang kuat untuk melawan sebarang jangkitan. Bayi juga masih perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim. Walaupun penyakit yang dialami merupakan perkara yang biasa namun ibu bapa juga perlu memantau keadaan bayi untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyakit yang lebih berbahaya. Berikut merupakan enam jenis penyakit yang sering dialami oleh bayi :

1. Demam

Demam terjadi apabila suhu badan bayi mencapai 38oC ataupun lebih. Kebiasannya ia berlaku disebabkan jangkitan virus ataupun bakteria. Namun begitu, demam yang terlalu tinggi juga berbahaya buat bayi kerana boleh menyebabkan sawan. Ianya juga akan merosakkan sistem otak  bayi dan mengganggu perkembangan bayi sepenuhnya. Oleh itu, ibu perlu mandikan bayi dengan menggunakan air hangat untuk membantu menurunkan suhu badan bayi dan melancarkan pernafasan.

2. Demam Kuning

See the source image

Demam kuning merujuk kepada masalah kuning pada badan yang dijangkiti oleh bayi yang baru lahir. Masalah kuning pada badan ini boleh dilihat pada bahagian mata putih, bawah lidah dan kulit. Ini berlaku kerana hati bayi tidak berfungsi dengan optimum sehingga tidak mampu memecah zat dalam darah yang dikenali sebagai bilirubin. Bilirubin ialah bahan yang bertanggungjawab memberikan warna kuning dan ianya merupakan bahan kumuh yang dihasilkan dalam darah. Tahap warna kuning ini akan berubah mengikut kadar ketinggian bilirubin. Demam kuning yang sederhana kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun, ibu juga haruslah memantau dengan kerap melalui ujian darah bilirubin secara harian bagi mengelakkan komplikasi. Sekiranya berlanjutan, bayi perlu menerima rawatan yang bersesuaian dengan menjalani fototerapi.

3. Kembung Perut

See the source image

Kembung perut merupakan salah satu masalah kesihatan yang dialami oleh bayi. Perkara ini berlaku disebabkan pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak bersesuaian dengan bayi. Ibu perlu menyapu sedikit minyak angkin atau minyak telon di bahagian perut, belakang badan, telapak kaki dan bahagian betis untuk melegakan perut bayi. Terdapat juga cara tradisional yang boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan pada suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi.

4. Cirit-birit

See the source image

Bayi yang mengalami cirit-birit akan membuang lebih daripada tiga kali dan najisnya sedikit cair daripada kebiasannya. Tekstur najis juga akan berwarna lebih gelap daripada biasa dan memiliki bau yang sangat menyengat. Cirit-birit berlaku kerana sistem pencernaan terganggu yang disebabkan oleh virus, alergi makanan ataupun keracunan makanan. Sekiranya berlaku secara berterusan akan menyebabkan bayi mengalami dehidrasi dan tubuh menjadi lemah.

5. Ruam

See the source image

Masalah kesihatan bayi yang paling kerap berlaku ialah ruam. Terdapat pelbagai jenis ruam seperti ruam susu, ruam lampin dan sebagainya. Ruam susu berlaku semasa bayi sedang menyusu kerana susu akan terpercik dan tumpah pada muka bayi sehingga menyebabkan ruam. Namun begitu, ianya merupakan sesuatu yang normal dan tidak akan menyebabkan kesakitan pada bayi. Ruam lampin pula berlaku disebabkan oleh punggung dan kemaluan bayi sentiasa berada dalam keadaan yang basah. Ianya berlaku disebabkan lampin dibiarkan penuh teralu la adan jarang ditukar. Ruam lampin ini akan menyebabkan bayi mengalami kesakitan dan pedih yang teruk. Hal ini kerana, bayi akan berasa pedih semasa membuang air kerana air air kencing terkena pada bahagian yan mempunyai ruam. Bayi juga akan merasakan pedih dibahagian bahagian kemaluan dan punggung apabila dicuci dengan air. Oleh itu, ibu perlu memastikan lampin bayi kerap ditukar supaya punggung dan kemaluan bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering.

6. Selesema

See the source image

Selesema merupakan salah satu masalah kesihatan yang dialami oleh bayi pada setiap bulan. Hal ini kerana sistem pertahanan bayi mesih belum kuat dan mudah dijangkiti dengan virus. Selesema ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan sukar untuk tidur lebih lena. Selesema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru. Ibu boleh melakukan teknik steam dengan menggunakan bawang putih ataukan sapukan minyak bawang putih dibahagian data, belakang dan tapak kaki bayi untuk melegakan masalah selesema pada bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top