MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI: Symptom and 14 Ways to Soothe Baby’s Upset Stomach

kembung perut

Masalah kembung perut bayi merupakan masalah yang sering terjadi terutama pada bayi yang berusia 5 bulan ke bawah. Masalah ini boleh menyebabkan bayi menangis tanpa berhenti selama berjam-jam. Kembung perut bayi boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah kesihatan dan disini kami senaraikan beberapa simptom bayi mengalami kembung perut.

Simptom Kembung Perut Bayi

Beberapa simptom boleh dilihat pada bayi sekiranya mengalami masalah kembung perut:

  • Bayi menangis berterusan buat masa yang lama sehingga boleh berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.
  • Bayi anda akan menggenggam tangan mereka dan mengangkat kakinya hingga ke atas perut.
  • Mengalami masalah tidur yang tidak lena
  • Kurang selera makan
  • Wajah bayi menjadi merah ketika menangis atau kelihatan seperti sedang kesakitan

Tips Membantu Masalah Kembung Perut Bayi

Lakukan Urutan

15 minit urutan boleh dilakukan dengan menggunakan minyak yang sesuai dan perlu diurut dengan lembut. Ibu bapa perlulah menggunakan teknik urutan yang betul supaya tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

Senaman Kayuh Basikal

Pergerakan dan senaman dapat membantu pencernaan bayi dengan merangsang pergerakan makanan melalui usus. Senaman kayuh basikal boleh dilakukan dengan cara baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut. Kemudian, gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula. Ulang beberapa kali sehingga angin dalam perut anak keluar.

Tukar Susu Formula

Ibu bapa perlu memilih susu yang mudah dihadam untuk memastikan perut bayi selesa. Ada juga segelintir bayi mempunyai masalah kembung perut kerana alahan terhadap susu formula tersebut. Bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.

Memastikan bayi menyusu dengan cara yang betul

Bagi bayi yang menyusu badan, ibu perlulah mengetahui cara yang betul ketika menyusu bayi seperti lekapan yang baik iaitu deep latch. Pastikan lekapan perlulah betul untuk mengelakkan udara masuk ke dalam. Cara lekapan yang betul adalah dengan memastikan kedudukan hujung hidung dan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.  

Periksa Sekiranya Mempunyai Susu Badan Yang Terlampau Banyak

Mempunyai susu badan yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Susu yang terlampau banyak boleh menyebabkan bayi untuk terlebih minum susu atau menelan banyak udara, yang menyebabkan perut bayi tidak selesa.

Pastikan Anak Tidak Terlebih Minum Susu (Overfeed)

Terlebih minum susu atau overfeed ialah satu keadaan di mana bayi minum lebih dari keperluan badan mereka. Hal ini boleh mendatangkan tekanan pada perut kecil bayi. Ini kerana sistem pencernaan bayi belum mampu menampung nutrisi yang terlalu banyak. Saiz perut bayi hanyalah sebesar genggaman tangaannya sahaja, jadi ibu perlu berikan susu sedikit sahaja dalam satu masa. Ibu boleh memberikan susu dalam jumlah yang sedikit bagi setiap dua jam berbanding jumlah yang banyak setiap 4 jam.

Jangan Menganggu Bayi Anda Ketika Menyusu

Bayi perlu sentiasa fokus semasa menyusu untuk mengelakkan bayi menghadapi masalah perut. Ibu perlu mengelakkan gangguan, bunyi bising yang secara tiba-tiba, lampu yang terang dan gangguan lain-lain, dan pastikan tiap kali susuan perlu dalam keadaan tenang, senyap dan secara santai.

Sendawa dalam Posisi Yang Berbeza

Jika satu posisi sendawa tidak menyebabkan angin keluar, ibu perlu cuba posisi yang lain. Baringkan bayi secara meniarap di atas riba ibu dan menepuk-nepuk belakang badan bayi, pegang bayi dengan tangan ibu di dada bayi di bawah lehernya dan sandarkan bayi ke hadapan sementara duduk dan memeluk bayi dengan kepalanya diletakkan di atas bahu ibu adalah beberapa posisi yang boleh dicuba untuk memastikan bayi sendawa.

Kerap Sendawa Ketika Menyusu

Berehat sebentar untuk sendawa yang kerap dilakukan semasa menyusu boleh membantu penghadaman bayi. Sendawa bagi bayi yang menyusu botol perlu sekurang-kurangnya setiap tiga hingga lima minit, akan mengurangkan bayi menelan air liur dan mengurangkann amaun udara yang masuk.

Mandi Air Suam Atau Menggunakan Tuala Yang Suam

Sedikit suhu yang suam boleh melegakan perut bayi yang kembung. Tuala yang suam bukanlah satu idea yang teruk atau mandi air suam kadangkala boleh membantu bayi untuk relaks dan juga menggerakkan usus bayi. Cuma pastikan tuala dan air mandi tidak terlalu panas. Selain itu, pastikan bayi anda selesa dengan mengelakkan bayi memakai lampin yang ketat dan getah seluar yang terlalu ketat.

Pastikan Bayi dalam Keadaan ‘Upright’

Elakkan menyusu bayi dalam keadaan bayi baring. Ibu boleh mencuba posisi ‘upright’ atau turut dikenali dengan nama koala hold. Posisi ini boleh dilakukan dengan cara bayi perlu duduk pada bahagian paha dengan kedudukan belakang badan dan kepala tegak semasa menyusu. Selepas bayi menyusu, jangan terus baringkan mereka.

Tumpukan Perhatian Pada Pemakanan Ibu

Apabila bayi anda menyusu badan, mereka mendapat apa yang ibunya makan. Produk tenusu kebiasaannya menyebabkan kembung perut bayi. Buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya brokoli dan bawang putih juga boleh menyebabkan perut bayi kurang selesa. Namun begitu, jangan hapuskan makanan yang sihat melainkan ibu sudah pasti makanan itulah yang menyebabkan masalah kembung perut terjadi.

Pilih Botol Yang Tepat

Pegang botol susu supaya susu formula akan sepenuhnya memenuhi ruang puting botol untuk mengurangkan udara yang berlebihan. Cuba tukar kepada botol yang mengehadkan berapa banyak udara yang bayi akan dapat. Selain itu, pastikan ibu bapa membersihkan botol susu dengan sempurna

Lakukan ‘Tummy Time

Selain menguatkan kepala dan otot leher bayi, ‘tummy time’ juga boleh memberi tekanan pada perut. ‘Tummy time’ mempunyai banyak kebaikan untuk bayi dan membantu untuk mengeluarkan gas atau angin.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top