6 Jenis Warna Batuk Kahak: Fun Facts On Phlegm Cough

 

Warna batuk kahak berbeza mengikut jenis jangkitan atau penyakit yang dialami

Secara umumnya, batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing atau kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan. Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak. Kahak pula merupakan satu bahan yang likat, melekit dan ia terletak dibahagian tekak. Kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk atau penyakit yang dialami. 

  1. Kahak Warna Hijau atau Kuning

Kahak yang berwarna hijau dan kuning ini bermaksud tubuh seseorang sedang melawan jangkitan kuman yang berasal dari sel darah putih. Kahak begini boleh disebabkan oleh penyakit bronkitis yang bermula dengan batuk kering dan kemudiannya mengeluarkan kahak yang berwarna putih sehingga berwarna hijau atau kuning. Selain itu, kahak berwarna hijau ataupun kuning ini juga boleh disebabkan oleh penyakit pneumonia iaitu komplikasi bagi masalah pernafasan sehingga kadangkala boleh mengeluarkan kahak berdarah. Sinusitis juga merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh virus, alahan atau bakteria yang akan menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti batuk berwarna kuning atau hijau.

  1. Kahak Warna Perang

Kahak berwarna perang ini merupakan tanda darah lama dalam kahak. Ia merupakan perubahan warna kahak daripada merah atau merah jambu. Kahak berwarna sebegini juga merupakan tanda keradangan paru-paru disebabkan jangkitan bakteria. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit bronkitis kronik yang dialami oleh perokok dan cystic fibrosis. Selain itu, menyedut bahan berbahaya seperti asbestos juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang tidak dapat disembuhkan dan menghasilkan kahak berwarna perang. Kahak perang juga boleh menjadi tanda penyakit abses paru-paru yang disebabkan jangkitan bakteria sehingga mengakibatkan rongka paru-paru dipenuhi nanah yang menyakitkan.

  1. Kahak Warna Putih

Kahak berwarna putih terjadi disebabkan jangkitan virus bronkitis yang boleh bertukar menjadi kahak kuning atau hijau sekiranya tidak dirawat. Kahak yang berwarna putih dan pekat juga boleh terjadi disebabkan penyakit refluks gastro dimana asid daripada perut dilambung naik ke esofagus. Selain itu, kahak putih boleh disebabkan oleh penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) kerana saluran udara semakin sempit sehingga paru-paru menghasilkan kahak putih yang banyak. Kegagalan jantung kongestif juga boleh menghasilkan kahak putih yang banyak. Ia berlaku apabila jantung hilang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badan secara beransur-ansur.

  1. Kahak Warna Hitam

Kahak hitam sering menjadi tanda anda menyedut sesuatu seperti habuk, kerap dijumpai dalam kalangan pelombong arang batu. Walau bagaimanapun, ia juga dapat menandakan sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan kulat pada paru-paru. Tambahan pula, merokok dan pengambilan dadah kokain juga boleh menjadi punca kahak hitam.

  1. Kahak Warna Merah atau Merah Jambu

Kahak berwarna merah atau merah jambu boleh menjadi tanda amaran yang lebih serius. Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa terdapat pendarahan di saluran pernafasan atau paru-paru. Batuk yang teruk boleh menyebabkan pendarahan dengan memecahkan saluran darah di paru-paru, yang membawa kepada kahak berdarah. Walau bagaimanapun, keadaan yang lebih serius juga boleh mengakibatkan kahak merah atau merah jambu. Penyakit lain yang mempunyai gejala kahak berdarah ialah kegagalan jantung kongestif, kanser paru-paru dan jangkitan paru-paru tahap teruk.

  1. Kahak Warna Jernih

Badan akan menghasilkan lendir dan kahak yang berwarna jernih pada setiap hari yang disebabkan oleh air, protein, antibodi dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan dalam sistem pernafasan.

Warna kahak boleh berubah bergantung kepada elemen yang mempengaruhi seperti jangkitan kuman, masalah kesihatan dan sebagainya. Jika anda mengalami perubahan warna kahak seperti di atas untuk jangka masa yang lama, sila berunding dengan doktor anda segera. Namun begitu, warna kahak cuma rujukan dan harus dipertimbangkan bersama gejala lain. Sekiranya warna kahak anda normal tetapi keadaan anda bertambah buruk, segera berkunjung ke pusat perubatan berdekatan.

Ada Soalan?

Tekan butang di bawah untuk kami bantu anda sekarang

Agent & Dropship Youbaby

Jana pendapatan bersama Youbaby. Tekan butang di bawah.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top