3 Cara Untuk Menjadi Ibu bapa yang Tenang: Easy Tips For Parents

Cara menjadi ibu bapa yang tenang
“Ibu bapa Yang Tenang, Anak Anak Bahagia”

Sebagai ibu bapa yang tenang, kita semua mahukan yang terbaik. Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, ibu bapa turut terkesan dari segi emosi dan tekanan. Tugas yang agak mencabar untuk ibu bapa dengan kerja rumah, kerjaya dan mengawasi kelakuan anak.

Bagi ibu bapa muda, pembacaan dari buku dan jurnal merupakan salah satu inisiatif untuk menjadikan diri mereka sebagai ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab. Namun begitu, menguruskan anak-anak yang sedang membesar bukanlah mudah. Apabila anak-anak semakin membesar dan aktif, ibu bapa akan mula hilang kawalan. Oleh itu, sedikit panduan untuk menjadikan ibu bapa yang tenang dan damai.

Langkah untuk menjadi ibu bapa yang tenang.

Kebanyakan ibu bapa mempelajari dari buku keibubapaan yang memberi anda kaedah atau teknik. Namun begitu, sebilangan besarnya ia hanya menumpukan pada tingkah laku sahaja. “Ibu bapa yang tenang” lebih mementingkan emosi.

  1. Kawal emosi anda

Apabila anak-anak semakin aktif dan lasak, ibu bapa akan mula tertekan. Ibu bapa akan mula beremosi dan memberi tindak balas dengan setiap kelakuan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu belajar mengawal emosi sendiri dan tidak dipengaruhi oleh anak-anak untuk menjadi ibu bapa yang tenang. Otak kita tidak tetap, rangsangan yang kita berikan terus membentuk kimia dalam otak kita. Dengan itu, anda perlu duduk, bertenang dan berfikir secara waras untuk meredakan emosi anda.

Sebaik sahaja anda belajar memahami apa yang mempengaruhi kemarahan dan emosi anda, anda boleh memberikan bertindak balas secara berbeza. Apabila anak-anak mula mendatangkan kemarahan anda, anda boleh menjadi seseorang yang bertindak balas atau tidak bertindak balas terhadap situasi tersebut. Bagi sesetengah orang, proses ini mungkin memerlukan masa yang lama untuk belajar.

  1. Berhubung dengan anak anda

Berhubung dengan anak anda merupakan salah satu cara untuk meredakan emosi anda sekaligus menjadikan anda lebih tenang dan memahami. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama sepertii waktu makan, waktu aktiviti petang bersama dengan keseronokan. Dalam waktu aktiviti bersama, ibu bapa dalam bercakap dan mendalami anak-anak dan mengetahui keinginan yang dimahukan.

Sebagai contoh, ketika anak sedang bermain basikal dan mengajak ibu bapa bermain bersama dalam berlumba, tetapi saya tidak pernah menjadi pelari. Saya sentiasa cuba untuk menggali lebih mendalam untuk bersenang-senang di saat itu. Dengan itu, aktiviti bersama dapat dilakukan sekaligus dapat berhubung dengan mereka.

Dalam waktu pendemik ini, ibu bapa terikat dengan kerja secara atas talian, mengemas rumah serta menjaga anak-anak. Ibu bapa perlu bijak dan mengatur masa agar anak tidak rasa dipinggirkan. Misalnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk  menyapu halaman luar rumah atau membasuh kereta agar sentiasa dapat berhubung dan berseronok bersama-sama.

3. Bimbingan emosi

Kanak-kanak tidak tahu mengawal emosi mereka. Apabila anak-anak kecil tidak mendapat keinginan yang mereka mahukan, mereka akan mengamuk dan bertindak ganas. Oleh itu, mereka memerlukan kita, ibu bapa sebagai contoh dan panduan. Ibu bapa merupakan cermin anak-anak.

Segala tingkah laku dan percakapan kita diperhati dan menjadi contoh. Ibu bapa yang bersikap kasar terhadap anak-anak, pasti mendapati anak-anak juga akan bersikap kasar terhadap orang lain. Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati di hadapan mereka.

Dengan itu, kita akan kembali ke langkah pertama, jika kita tidak dapat mengatur emosi kita bagaimana anak-anak kita dapat belajar melakukan yang lebih baik? Selain itu, anak-anak kecil biasanya akan menunjukkan ketidakpuas hatian dengan bersikap tantrum dan berguling di atas lantai dengan menangis sekuat hati. Maka, ibu bapa perlu mendalami dunia keibubapaan dengan penting untuk mengawal emosi dan mendisplinkan anak-anak.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top