Petua Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat, Awas Jika Bacaan Kuning Tak Normal: 3 Quick Tips To Cure Jaundice

Kuning bayi ataupun jaundis pada bayi baru lahir adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning disebabkan terlalu banyak bilirubin dalam badan. Keadaan ini biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila bayi mula menyusu dan organ hatinya mula berkembang, tetapi faktor lain boleh menyebabkan kuning bayi masih berterusan.

petua turunkan kuning bayi - bacaan kuning bayi normal

Dua hingga tiga minggu adalah tempoh biasa untuk kuning bayi hilang sendiri. Tapi ibu perlu awasi jika tahap bilirubin tinggi kerana ia boleh sebabkan otak anak rosak.

Punca Penyakit Kuning Bayi

Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan dalam badan semasa sel darah merah berpisah. Untuk bayi yang lebih besar dan orang dewasa, hati memproses bilirubin dan mengeluarkannya melalui usus. Namun, hati bayi yang baru lahir masih tak cukup berkembang untuk memproses bilirubin.

Jenis jaundis pada bayi ada dua, iaitu:

  • Jaundis fisiologi: Muncul untuk beberapa hari dan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu. Ini adalah jenis kuning bayi yang paling kerap berlaku disebabkan sistem metabolisme bayi tak berupaya untuk singkirkan bilirubin secepat yang dihasilkan dalam badan.
  • Jaundis patologi: Muncul dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Puncanya adalah disebabkan keadaan atau faktor lain.

Antara faktor yang boleh sebabkan jaundis patologi termasuklah:

  • Jenis darah tak serasi seperti faktor rhesus (Rh) atau ABO
  • Sel darah merah mula berpisah (hemolisis)
  • Sindrom Gilbert dan sindrom Crigler-Najjar
  • Ibu menghidap diabetes
  • Hipotiroidisme kongenital
  • Usus tersumbat
  • Pyloric stenosis
  • Jaundis susu ibu diamana kandungan dalam susu ibu menyebabkan reaksi anak yang berlainan
  • Jaundis penyusuan yang disebabkan cara menyusu yang tak betul

Jaundis patologi juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan atau antibiotik tertentu.

Gejala Dan Simptom

Antara gejala dan simptom kuning bayi adalah:

  • Warna kuning pada kulit dan mata bayi, ibu boleh periksa warna kuning untuk bayi berkulit gelap dengan tekan jari dengan lembu di pipi bayi
  • Demam
  • Lesu dan tak bermaya
  • Menangis dengan kuat
  • Tak mahu menyusu
  • Leher dan badan melengkung ke belakang

Sekiranya ibu berasa risau dan keadaan anak kelihatan serius, segera berjumpa doktor pakar untuk dapatkan rawatan bagi mengelakkan kerosakan selanjutnya pada otak.

Hubungi doktor sekiranya ibu ada perasan gejala seperti :

  • Kuning bayi merebak atau menjadi lebih teruk.
  • Bayi demam melebihi 100°F (38°C).
  • Warna kuning pada bayi anda semakin pekat.
  • Bayi tak nak menyusu, nampak lesu, dan kuat menangis.

Faktor Risiko Yang Boleh Sebabkan Kuning Bayi

Antara perkara yang meninggikan risiko bayi yang baru lahir untuk terkena jaundis fisiologi adalah:

  • Kelahiran pramatang
  • Ada sejarah jaundis bayi dalam keluarga
  • Bayi lelaki
  • Berketurunan Asia

Faktor lain yang boleh menyebabkan jaundis yang lebih teruk termasuklah:

  • Jaundis dalam tempoh 24 jam selepas lahir
  • Bayi lahir sebelum cukup 40 minggu
  • Ahli keluarga terdekat pernah dirawat penyakit jaundis
  • Gangguan sel darah merah seperti kekurangan G6PD dalam sejarah keluarga 
  • Susah untuk menyusu
  • Lebam pada kepala selepas lahir
  • Sindrom Down
  • Makrosomia atau berat terlebih tinggi dari biasa sewaktu lahir

Bacaan Kuning Bayi Yang Normal

Berdasarkan kajian di Amerika, bacaan kuning bayi yang normal diukur dengan melihat tahap bilirubin dalam badan anak (TSB) berdasarkan tempoh menghidapinyasetelah dilahirkan. Bacaan yang tinggi dari normal perlu dapatkan rawatan doktor:
  • Kurang 24 jam selepas lahir: Lebih dari 10 miligram
  • 24 jam sehingga 48 jam selepas lahir: Lebih 15 miligram
  • 49 jam sehingga 72 jam selepas lahir:  Lebih 18 miligram
  • Lebih 72 jam selepas lahir:  Lebih 18 miligram

Diagnosis

petua turunkan kuning bayi - bacaan kuning bayi normal

Walaupun warna kuning yang jelas mengesahkan bahawa bayi mengalami jaundis, ujian tambahan mungkin diperlukan untuk menentukan samada keadaan  anak adalah serius atau tak.

Bayi menghidap jaundis atau kuning bayi  akan menjalani ujian darah bilirubin untuk menentukan tahap bilirubin dalam darah mereka.

Ujian tambahan mungkin diperlukan untuk menentukan kalau kuning pada bayi disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Ini termasuklah ujian jumlah darah lengkap (CBC), jenis darah, dan ketidakserasian Rh bayi.

Selain itu, ujian Coombs boleh dibuat untuk memeriksa antibodi yang menunjukkan risiko peningkatan sel darah merah yang berpisah (hemolisis).

Petua Turunkan Kuning Bayi dan Rawatan

Penyakit kuning bayi yang ringan biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila hati bayi semakin berkembang. Ibu boleh turunkan kuning pada bayi dengan menyusukan anak sekurang-kurangnya 8 kali sehari untuk menyingkirkan bilirubin dalam badan anak

Jaundis yang lebih serius memerlukan rawatan dari pakar. Fototerapi (terapi cahaya) adalah rawatan sangat berkesan memecahkan bilirubin dalam badan menggunakan cahaya.

Semasa fototerapi, bayi diletakkan di atas katil khas di bawah cahaya spektrum biru dengam memakai lampin dan cermin mata pelindung khas. Bayi juga akan diselimutkan dengan selimut optik fiber .

Dalam kes yang lebih serius, transfusi pertukaran mungkin diperlukan untuk merawat anak. Bayi akan menerima sejumlah kecil darah daripada penderma atau bank darah dalam proses ini.

Ini kerana ia dapat menggantikan sel darah bayi yang rosak dengan sel darah yang baik. Cara ini dapat naikkan jumlah sel darah merah dan kurangkan bilirubin dalam badan anak. Rawatan lain mungkin diperlukan jika anak ada masalah kesihatan lain.

Cara Mencegah Jaundis

Jaundis fisiologitak boleh dielak tapi boleh dikurangkan risikonya dengan kerap menyusukan bayi baru lahir supaya bilirubin dapat disingkirkan dari badan anak dengan cepat.

Jika ada isu lain yang boleh sebabkan kuning bayi, doktor mungkin akan menjalankan ujian lain bagi mengesan punca jaundis. Contohnya, ibu menjalani ujian jenis darah untuk mengesan ketidakserasian Rh. Jika ibu Rh-negatif, ibu boleh dapatkan imunoglobulin intravena semasa mengandung.

Kredit: Healthline

Baca Juga: 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top