6 Tanda Bayi Sembelit Dan Apa Perlu Buat, Ibu Harus Peka! – Warning Baby Constipated Signs

bayi sembelit, apa perlu buat

Bayi yang sembelit akan susah rasa untuk buang air besar. Penyebab bayi sembelit biasanya berpunca dari pemakanan anak yang tak seimbang. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti kurangnya pergerakan atau perubahan dalam rutin harian anak. 

Tapi ibu jangan khuatir, sembelit anak boleh dirawat dari rumah. Mari terus baca untuk  kenal pasti tanda-tanda, punca, rawatan di rumah dan bila perlu berjumpa doktor apabila bayi sembelit.

Tanda-tanda Bayi Sembelit

Antara tanda-tanda bayi sembelit termasuklah:

  • Buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
  • Sukar untuk buang air besar, dan saiz najis lebih besar daripada biasa
  • Najis kering, keras, berketul atau seperti pelet
  • Bau najis lebih busuk dari biasa
  • Bayi selera makan daripada kebiasaaan
  • Perut anak rasa keras

Tanda sembelit lain ialah kurang bertenaga dan lebih banyak meragam.

Berapa kerap bayi perlu buang air besar?

Disebabkan susu ibu adalah laksatif semulajadi, bayi yang disusukan dengan baik  dari umur 4 hari hingga 6 minggu sepatutnya buang air besar sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan najis berwarna kuning. Jika bayi tak buang air besar dalam 24 hingga 48 jam yang lepas, ibu boleh bertanya dengan pakar kesihatan kerana ia mungkin disebabkan anak tak dapat susu yang cukup.

Setelah dilharkan, bayi akan membuang air dengan warna najis hitam yang nampak seperti tar, iaitu dipanggil mekonium. Dalam masa 3 hari, najis ini sepatutnya berubah ke warna yang lebih terang, lebih lembut, dan berwarna kehijauan. Bayi yang menyusu lebih dari 6 minggu mungkin tak banyak buang air besar. Ibu biasanya akan tahu bila masa yang bayi selalu buang air dan apa yang normal bagi bayi masing-masing.

Punca sembelit

Ada banyak sebab kenapa bayi boleh sembelit, kebanyakannya disebabkan oleh apa yang anak makan tetapi ada juga sebab-sebab lain. Antara punca-punca sembelit ialah:

Perubahan diet pemakanan

Bayi mungkin akan sembelit bila mula minum susu formula atau makanan yang diproses sebab ianya lebih susah dihadam berbanding susu ibu. Ini disebabkan anak badan anak sedang menyesuaikan diri untuk menghadam sesuatu yang baru.

Dehidrasi

Sembelit boleh terjadi bila bayi kekurangan air dalam badan. Ada banyak sebab kenapa bayi boleh terhidrasi seperti:

  • Anak tumbuh gigi dan rasa tak selesa untuk minum
  • Sakit seperti selsema, sakit tekak atau jangkitan telinga.
  • Tak cukup minum air bagi bayi yang sudah besar sebab terlebih makan

Kurangnya air dalam badan bayi boleh sebabkan najis bayi menjadi lebih keras dan susah untuk diteran, yang menyebabkan bayi sembelit.

Kurang Serat

Untuk bayi yang sudah besar, sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan serat (seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin) dalam diet pemakanan.

Ibu boleh tambahkan makanan yang kaya serat untuk anak-anak dengan memberi makanan yang sihat untuk pembesaran anak.

Tips Merawat Sembelit

Ada cara untuk ibu merawat bayi sembelit di rumah, antara langkahnya ialah:

  • Baringkan bayi dan secara perlahan gerakkan kaki mereka seperti posisi kaki yang mengayuh basikal, ianya baik untuk usus anak.
  • Kalau bayi kelihatan selesa baring, urut perut anak dengan lembut
  • Kalau anak dah mula minum susu formula, berikan air kosong juga selepas anak minum
  • kalau bayi dah boleh makan makanan pejal, pastikan anak ambil serat yang cukup  seperti buah epal, pear dan prun.

Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sembelit bayi dapat dikurangkan, kalau tiada perubahan, ibu boleh dapatkan nasihat pakar kesihatan.

Bila Ibu Perlu Hubungi Doktor?

Ibu disarankan supaya hubungi doktor jika anak menunjukkan tanda-tanda ketara seperti:

  • Banyak meragam dan kelihatan sakit perut
  • Selalu menarik kaki ke perut dan menangis disebabkan rasa sakit
  • Ada sembelit dan muntah-muntah dan perut kembung
  • Ada darah dalam najis anak
  • Sembelit yang berpanjangan

Sekiranya ibu ada persoalan, ibu boleh terus hubungi doktor untuk nasihat lanjut. Doktor mungkin akan mendeskripsikan laksatif untuk anak bagi memastikan tiada punca atau masalah kesihatan lain yang menyebabkan bayi sembelit.

Kredit: NHS UK

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top