Kahak merupakan satu bahan yang likat dan melekit yang terletak dibahagian tekak. Ianya dihasilkan kerana campuran lendir mukus dan air liur. Mukus pula ialah bahan yang melembabkan saluran pernafasan. Mukus mempunyai sifat melekit yang dapat memerangkap habuk dan virus di dalam udara. Terdapat beberapa jenis makanan semulajadi yang boleh diamalkan untuk menghilangkan masalah batuk kahak yang berpanjangan.
-
Madu
In this Article
Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Madu juga dikenali sebagai satu manisan yang boleh merawat masalah sakit tekak kerana mampu melegakkan batuk berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan iaitu penahan batuk. Anda boleh mencampurkan 2 sudu tea madu bersama dengan air suam dan perahan lemon ataupun perahan limau nipis. Minum setiap hari kerana ianya dapat membantu merawat tekak yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.
-
Halia
Halia memiliki khasiat untuk membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan mengurangkan rasa pedih pada tekak. Anda boleh merendam halia bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Campuran pudina bersama halia dapat membantu menghilangkan rasa gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.
-
Air Garam
Air garam dapat membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan berlakunya batuk berpanjangan dan juga membantu mengeluarkan kahak di tekak. Anda hanpa perlu mengambil segelas air suam berserta sesudu teh garam dan dikacau hingga sebati. Setelah itu, kumur air garam selama 15 saat sebanyak 3 kali sehari.
-
Asam Jawa
Asam jawa atau yang biasa dikenal dengan nama tamarind ini merupakan sejenis buah yang memiliki rasa masam. Asam jawa memiliki khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh kerana mengandung vitamin C, vitamin B, vitamin A dan vitamin K. Asam jawa jugaa boleh membantu melegakkan tekak dan menyejukkan badan kerana mengandung vitamin C yang cukup tinggi. Oleh itu, asam jawa boleh diamalkan untuk penjagaan sistem tubuh badan untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah batuk kahak yang teruk. Anda hanya perlu mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam air suam dan dikacau hingga sebati. Kemudian, anda perlu menapis air asam jawa dan membuang biji serta seratnya.
-
Aiskrim Vanilla
Aiskrim Vanilla dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan rasa sakit tekak kerana menyebabkan tekak terasa kebas. Walaupun aiskrim vanilla bersifat sejuk namun anda tidak boleh menyamakan dengan ais batu kerana ia akan membuatkan batuk bertambah teruk. Aiskrim juga mampu memberikan tenaga tambahan sekiranya tidak berselera memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak.
-
Bawang Putih
Bawang putih merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Anda perlu mengambil satu labu bawang putih bersama kulitnya dan dibakar di atas dapur gas selama 15 minit. Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Kemudian, buang kulit bawang putih dan makan begitu sahaja. Anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar bersama minyak zaitun dan sapukan pada leher sekerap yang mungkin.
-
Air Putih
Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu untuk mencairkan kepekatan lendir di tekak sekaligus membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Anda perlu minum air putih yang suam dalam kuantiti yang banyak dan mengelakkan minuman yang sejuk. Minuman sejuk perlu dielakkan kerana akan mengakibatkan lendiran kahak melekat dengan lebih kukuh sehingga menghasilkan gumpalan yang akan menyebabkan batuk kahak menjadi semakin teruk.
Ini antara tips ataupun petua yang dikongsikan kepada anda yang mengalami masalah batuk kahak yang berpanjangan. Batuk berkahak adalah jangkitan pernafasan yang serius yang boleh membahayakan terutamannya pada kanak-kanak. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar hidup yang akan datang menjadi lebih harmoni dan terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.