7 Petua Berkesan Hilangkan Batuk Berkahak Pada Bayi: Best Tips to Relieve Phlegmy Cough

hilangkan batuk berkahak

Batuk berkahak adalah jangkitan yang biasa terjadi pada bayi yang masih kecil. Pastinya ibu tercari-cari cara untuk hilangkan batuk berkahak pada anak kerana rasa bimbang dengan tahap kesihatan bayi.

Walaupun batuk ialah cara semula jadi badan untuk mengawal tahap kesihatan anak, batuk berkahak mungkin menyebabkan bayi rasa tak selesa. Artikel ini akan mengupas tentang punca, simptom, petua dan rawatan untuk menghilangkan batuk berkahak pada bayi.

Apa Itu Batuk Berkahak?

Batuk berkahak terjadi apabila ada lendiran atau kahak berkumpul dalam saluran pernafasan bayi. Reaksi batuk terjadi bagi membersihkan kahak dalam  tekak dan paru-paru anak. 

Batuk berkahak kebiasaannya mendatangkan rasa yang tidak selesa kepada bayi, terutamanya yang tengah mengalaminya pada tempoh yang lama. Penting ibu-ibu untuk tahu tips tips untuk menghilangkan batuk berkahak supaya anak dapat sihat semula.

Punca Batuk Berkahak

  1. Jangkitan Virus: Selalunya, batuk berkahak disebabkan oleh jangkitan virus seperti selsema atau flu. Virus ini menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dalam saluran pernafasan bayi.

  2. Alahan: Alahan kepada debu, bulu haiwan peliharaan, atau bahan lain boleh menjadi sebab batuk berkahak pada bayi.

  3. Perubahan Cuaca: Perubahan cuaca yang mendadak atau ruang udara yang kering boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan bayi dan menyebabkan batuk berkahak.

  4. Udara Tercemar: Asap rokok atau udara yang tercemar boleh mengganggu saluran pernafasan dan meningkatkan jumlah kahak dalam saluran pernafasan bayi.

Simptom Batuk Berkahak pada Bayi

  1. Batuk yang Berpanjangan: Bayi selalu batuk berterusan, terutamanya semasa tidur atau selepas makan.

  2. Selsema Atau Hidung Tersumbat: Hidung bayi mungkin tersumbat disebabkan selsema dan hingus yang berlebihan.

  3. Susah Bernafas: Bayi mempunyai kesukaran bernafas atau ada mengeluarkan bunyi berdehit.

  4. Kelesuan atau Hilang Selera Makan: Bayi mungkin kelihatan lesu atau kurang selera makan jika mengalami batuk berkahak.

Petua Menghilangkan Batuk Berkahak Bayi

hilangkan batuk berkahak
  1. Gunakan Humidifier (Pelembap Udara)

Menggunakan humidifier iaitu pelembap udara yang sesuai dapat menghilangkan batuk berkahak pada anak. Pasang humidifier dalam bilik bayi untuk menambah kelembapan udara. Sentiasa bersihkan humidifier bagi menghalang pembiakan bakteria.

  1. Sediakan Air Suam

Air suam dapat melegakan tekak bayi dan membantu mengurangkan kahak anak. Sekiranya anak masih kecil dan memerlukan susu, berikan susu yang suam. Pastikan suhunya tak terlalu panas dan selamat untuk bayi minum.

  1. Gunakan Posisi Badan Yang Betul

Letakkan posisi bayi secara menegak semasa bayi sedang tidur atau rehat. Ianya bagi memastikan kahak mudah keluar dari badan bayi. Bantal boleh digunakan untuk meninggikan aras kepala bayi supaya kahak senang keluar.

  1. Beri Anak Mandi Wap

Mandian wap boleh membantu memulihkan batuk berkahak bayi. Bawa bayi ke bilik mandi, tutup pintu, dan biarkan air panas mengeluarkan wap udara. Pastikan ibu menemani anak di bilik mandi selama beberapa minit untuk membolehkan wap memudahkan anak untuk bernafas.

  1. Gunakan Nasal Aspirator 

Sekiranya bayi selsema atau hidungnya tersumbat, ibu boleh menggunakan nasal aspirator ataupun penyedut hingus bayi untuk mengeluarkan hingus dengan selamat. Ini dapat memudahkan bayi bernafas dan mengurangkan gejala batuk berkahak.

  1. Bagi Makanan Yang Sesuai

Elakkan memberi makanan yang tidak baik untuk sistem penghadaman bayi atau menyebabkan lebih banyak  penghasilan lendir dalam badan. Pilih makanan yang lembut dan mudah dihadam bayi. Jika bayi boleh makan makanan pejal, berikan anak makanan yang kaya vitamin c seperti buah-buahan.

  1. Pastikan Bayi Cukup Tidur

Tidur yang mencukupi adalah penting untuk hilangkan batuk berkahak pada bayi. Pastikan bayi mendapat tidur yang cukup dengan menyediakan ruang tidur yang selesa. Tidur yang baik membantu meningkatkan sistem imuniti bayi sekaligus membantu menghilangkan batuk berkahak anak.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Doktor?

hilangkan batuk berkahak

Sekiranya anak batuk berkahak berterusan atau ada gejala lain yang seperti demam panas, susah bernafas, atau muntah, segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor. Doktor akan membuat pemeriksaan lanjur untuk menentukan punca batuk dan memberikan rawatan yang sesuai.

Cara penjagaan bayi untuk menghilangkan batuk berkahak anak memerlukan kesabaran yang tinggi, tapi dengan cara yang betul, bayi boleh cepat sembuh dari batuk berkahak. Sentiasa berikan perhatian terhadap keadaan anak dan sekiranya ianya masih berlarutan, bawa ke klinik atau hospital berdekatan bagi pemeriksaan doktor.

Lihat juga jenis-jenis warna batuk kahak.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top