7 Punca Berlakunya Cirit-Birit & Best Food For Diarrhea

Cirit-birit adalah cara toksin dan bakteria dikeluarkan melalui sistem pencernaan. Masalah bayi cirit-birit bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana keadaan yang berlanjutan akan menyebabkan bayi kehilangan air dan menjadi semakin lemah. Sukar untuk membezakan najis bayi yang menghidap cirit-birit kerana hampir sama dengan najis normal. Namun, memperhatikan kekerapan bayi membuang dan kecairan najis dari kebiasaannya boleh mengetahui sama ada bayi mengalami cirit-birit ataupun tidak. Najis bayi yang mengandungi cairan mukus, berbau busuk dan terdapat sedikit pendarahan merupakan salah satu tanda bayi mengalami cirit-birit.

7 Punca Bayi Cirit-birit

See the source image

  1. Perubahan Cara Pemakanan

Bayi yang baru mua diperkenalkan dengan makanan pepejal akan mengalami perubahan pada sistem penghadapan dan pembuangan najis. Makanan seperti telur, keju dan kekacang juga boleh menyebabkan alahan makanan dan bayi cirit-birit.

  1. Jangkitan Kuman

Bayi yang mendapat jangkitan virus, bakteria, fungi, parasit dan kuman juga boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit pada bayi. Kuman boleh menjangkiti badan pada persekitaran yang mudah terdedah dengan kuman. Ia juga boleh berlaku sekiranya kebersihan bayi tidak dijaga dengan betul. Bayi yang berada di taska atau tempat asuhan lagi mudah terdedah dengan jangkitan tersebut.

  1. Pengambilan Ubat-ubatan

Bayi yang tidak sakit dan diberikan ubat juga boleh menyebabkan cirit-birit. Hal ini kerana, suplemen vitamin yang diberikan tidak bersesuaian dengan bayi sehingga mengakibatkan cirit-birit.

  1. Perubahan Tempat

Perubahan tempat juga boleh menyebabkan cirit-birit kerana perubahan cuaca sekeliling. Keadaan cuaca yang berubah-rubah akan menyebabkan ketidakselesaan dalam sistem badan bayi yang sensitif. Oleh itu, perkara ini boleh menyebabkan bayi cirit-birit.

  1. Tumbuh Gigi

Bayi yang mula tumbuh gigi akan menyebabkan sistem badan berubah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang dialami. Bayi yang sedang mengalami proses pertumbuhan gigi akan gemar memasukkan sesuatu ataupun mainan ke dalam mulut untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi. Oleh itu, terdapat kuman dan kotoran yang masuk ke dalam badan bayi sehingga menyebabkan bayi cirit-birit.

  1. Susu Formula

Bagi bayi yang sudah bercampur dengan susu formula juga boleh mengakibatkan cirit-birit. Ianya terjadi disebabkan bayi alah pada kandungan susu formula kerana badan bayi tidak sesuai dengan formula susu lembu dan sebaliknya. Terdapat juga susu formula yang sudah tercemar sehingga menyebabkan cirit-birit.

  1. Penyusuan Badan

Bayi yang menyusu badan boleh juga mengalami cirit-birit. Hal ini kerana pengambilan makanan yang dimakan oleh ibu akan menyebabkan alahan pada bayi seperti minuman yang berkafein ataupun bergas. Namun begitu, susu badan yang telah diperah dan disimpan dengan cara yang salah juga akan membuatkan bayi cirit-birit kerana sudah terdedah kepada kuman.

Pengambilan makanan semulajadi boleh membantu mengatasi masalah cirit-birit

Bayi yang mengalami cirit-birit biasanya hilang selera makan. Bayi perlu mendapat makanan dan cecair yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Hal ini kerana, badan bayi akan kehilangan cecair dan elektrolit dengan cepat semasa cirit-birit.  Pada masa yang sama, usus pula akan kehilangan keupayaannya untuk menyerap cecair dan elektrolit yang diberikan kepadanya.  Oleh itu, terdapat beberapa jenis makanan yang disyorkan untuk bayi yang mengalami masalah cirit-birit.

5 Makanan Semulajadi untuk Bayi Cirit-birit

See the source image

  1. Pisang

Pisang mengandunyi kalium, zink, besi, kalsium, magnesium dan vitamin A yang boleh meningkatkan kalium yang diperlukan oleh badan. Hal ini kerana, bayi yang cirit-birit akan kehilangan banyak kaium bersama dengan najis.

  1. Halia

Halia juga merupakan salah satu makanan semulajadi yang baik untuk sistem penghadaman yang boleh merawat masalah cirit-birit. Halia mempunyai anti-radang, analgesik dan antibakteria yang membantu menyembuhkan penyakit dalam sistem pencernaan. Ibu boleh mencampurkan beberapa sudu besar halia parut atau dicincang halus ke dalam secawan air mendidih. Kemudian, tambahkan madu untuk rasa manis untuk bayi.

  1. Air Kelapa

Air kelapa adalah cairan yang bagus untuk membantu bayi yang mengalami masalah cirit-birit. Hal ini kerana, air kelapa mengandungi kalium yang diperlukan untuk bayi untuk membantu badan mendapatkan semula cairan yang hilang. Ibu boleh memberikan air kelapa 2-3 kali sehari untuk bayi.

  1. Jus Lobak

Lobak merah kaya dengan nutrien yang baik untuk menyokong sistem pernghadaman yang sihat. Kandungan vitamin dalam lobak merah dapat membantu memulihkan fungsi usus yang terganggu akibat cirit-birit. Ibu boleh mengisar lobak merah dengan sedikit air tanpa menambahkan gula untuk mendapatkan manfaat yang lebih maksimum untuk bayi.

  1. Lemon

Lemon mengandungi anti bakteria dan anti radang yang boleh menyembuhkan masalah cirit-birit yang dihadapi oleh bayi. Ibu hanya perlu mengambil satu sudu jus lemon sebanyak 4-5 kali dalam sehari untuk diberikan kepada bayi. Pengambilan lemon juga boleh membantu melegakan masalah sakit perut yang dialami oleh bayi sekaligus mengembalikan keseimbangan PH dalam badan bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top