7 Faktor Ibu Kekurangan Susu Badan : Quick Leson Fod Healthy Mommy

 

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Ramai ibu di luar sana yang bercita-cita ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun kerana khasiat susu ibu lebih baik berbanding susu formula. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana kadang kala akan berlakunya kekurangan susu badan. Kebanyakan ibu menyusu pasti kecewa jika gagal mengeluarkan susu yang banyak untuk bayi. Tambah-tambah bayi yang baru lahir dan memang perlu susu badan. Berikut merupakan faktor-faktor ibu kekurangan susu badan.

  1. Mengalami Tekanan

Ada sesetengah bilangan ibu-ibu yang runsing dengan masalah susu badan yang kurang menyebabkan mereka mudah mendapat tekanan

Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Pengeluaran susu ibu berkait rapat dengan hormon prolaktin yang bertujuan untuk membantu menghasilkan susu dan hormon oksitoksin pula merangsang pengeluaran susu ibu. Hormon oksitoksin ini akan dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin manakala hormon prollaktin akan dihantar ke kelanjar susu untuk menghasilkan susu yang banyak sekiranya ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira.  Hormon ibu yang tidak stabil akan menyebabkan proses pengeluaran susu terganggu dan penghasilan susu berkurang. Oleh itu, ibu perlulah sentiasa berfikiran positif tentang apa yang berlaku untuk mengelakkan daripada timbulnya tekanan yang membawa kepada stress.

2.Faktor Pemakanan

See the source image

Faktor pemakanan juga boleh menyebabkan susu dalam badan makin berkurang. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang untuk kekal bertenaga dan tidak mudah penat. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu menjadi lebih berkualiti. Hal ini kerana, susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu, kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, gula, garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.Kekerapan Bayi Menyusu

See the source image

Kekerapan bayi menyusu turut menjadi salah satu punca susu dalam badan berkurang. Bayi yang semakin membesar akan kurang menyusu dengan ibu. Perkara ini telah menyebabkan refleks kepada payudara berkurang dan secara automatiknya akan mengurangkan susu ibu. Oleh itu, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu dengan kerap untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak tanpa henti.

4.Bayi Tidak Menyusu Dengan Efektif

See the source image

Bayi tidak menyusu dengan efektif sering kali berlaku pada awal kelahiran kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif kerana payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya akan menyebabkan badan menghasilkan susu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu sendiri.

  1. Tiada Demand dan Supply

See the source image

Demand dan supply merupakan perkara asas dalam teknik penyusuan yang wajib para ibu ambil tahu. Ibu yang sudah mula bekerja tidak akan dapat menyusukan bayi dengan kerap sehingga menyebabkan susu semakin berkurangan. Oleh itu, ibu perlu mengepam 2-3 jam sekali setiap hari untuk menggalakkan pengeluaran susu yang lebih banyak. Kaedah ini mampu untuk mengekalkan pengeluaran susu dan memastikan bekalan susu sentiasa ada.

  1. Pengambilan Ubat-ubatan

See the source image

Ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil terhadap penyusuan. Ada sesetengah ubat yang boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan untuk mengelakkan susu berkurangan.  Ibu tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor kerana akan menyebabkan susu ibu berkurang.

  1. Kurang Minum Air

See the source image

Kurang minum air akan menyebabkan susu ibu berkurang kerana ibu yang menyusukan bayi memerlukan air yang secukupnya untuk keperluan air dalam tubuh badan. Ibu mestilah minum air sekurangnya 3 liter sehari agar tubuh badan mempunyai hidrat dan tidak menganggu penghasil susu. Tubuh badan ibu memerlukan bekalan air yang banyak bagi memenuhi keperluan penyusuan bayi.

Inilah antara faktor ibu kekurangan susu badan yang boleh menyebabkan bayi kekurangan khasiat susu ibu. Ibu-ibu yang berada dalam proses penyusuan perlulah mengelakkan daripada 7 faktor yang akan menyebabkan kekurangan susu badan supaya penghasilan susu yang banyak sentiasa berkekalan. Hal Ini kerana, susu ibu dapat membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top