7 Tanda Berbahaya Demam Bayi, Bila Perlu Risau? – Dangerous Signs of Baby Fever

demam bayi

Demam bayi adalah perkara biasa yang sentiasa berlaku sepanjang ibu-ibu membesarkan anak, dan ianya merupakan cara semulajadi bayi untuk membina sistem imuniti badan. Tetapi kadang-kadang demam bayi juga boleh menjadi salah satu tanda masalah keadaan kesihatan yang serius.

Artikel ini akan membantu ibu-ibu untuk memeriksa tanda-tanda yang perlu diawasi bayi dan tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan demam berlarutan.

Tips Mendapatkan Bacaan Suhu Badan Bayi

demam bayi

Cara pertama untuk tahu kalau anak demam ialah dengan mengukur suhu badan anak. Ada banyak jenis termometer yang dijual di farmasi dan kedai online yang semestinya buat ibu tertanya termometer mana yang terbaik untuk demam bayi. 

Contoh jenis-jenis termometer yang paling banyak digunakan sekarang termasuklah termometer oral standard atau termometer temporal artery scanner.

Bagi mendapatkan suhu bacaan yang tepat bagi demam bayi, termometer terbaik untuk mendapatkan suhu bacaan adalah termometer rektal. Sekiranya ibu kurang selesa menggunakannya, ibu boleh pilih termometer lain yang sesuai.

Tanda-Tanda Demam Bayi yang Merbahaya

 

  1. Suhu Badan Tinggi
    Sekiranya suhu badan bayi melebihi 38°C (100.4F) , ini adalah tanda utama bayi demam. Walaupun demam biasanya tak membahayakan kesihatan bayi, suhu yang terlalu tinggi dan tak turun-turun lepas beberapa jam perlu diberi perhatian oleh ibu. Pantau suhu bayi dari semasa ke semasa dan kalau suhu  masih tak turun, sila bawa anak berjumpa doktor.

  2. Lesu dan Tak Bermaya
    Bayi nampak sangat lesu, tidak aktif, tak bermaya untuk dan susah bangun tidur mungkin menunjukkan masalah demam bayi yang serius. Bayi yang sihat biasanya lebih aktif dan banyak bermain.

  3. Badan Kejang-kejang
    Kekejangan pada bayi boleh berlaku apabila suhu badan meningkat dengan mendadak. Sekiranya badan bayi selalu kejang-kejang, ibu harus ambil tindakan awal dengan berjumpa doktor kerana kekejangan badan boleh membawa masalah lain kalau tak dirawat awal.

  4. Ruam atau Gejala Lain yang Tak Normal
    Ruam dan demam pada masa yang sama boleh berpunca dari jangkitan atau masalah kesihatan yang lain.  Sekiranya bayi mengalami ruam yang tak normal atau ada gejala lain, ibu perlu proaktif dengan membawa anak ke hospital atau klinik berdekatan.

  5. Susah Bernafas
    Antara punca demam bayi yang serius ialah jangkitan dalam saluran pernafasan. Anak yang nampak macam susah untuk bernafas atau batuk-batuk mungkin menunjukkan tanda demam yang tak normal.

Bilakah Saya Perlu Hubungi Doktor?

demam bayi

Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengetahui cara untuk menanganinya, anda dapat menjaga kesihatan bayi anda dengan lebih baik. Ada sesetengah situasi yang memerlukan ibu untuk lebih peka dan hantar anak untuk jalani pemeriksaan lanjut dengan doktor, antaranya ialah:

Demam Bayi Bawah 3 bulan

Demam adalah salah satu tanda pertama yang muncul apabila bayi ada masalah kesihatan. Selain itu, suhu badan yang terlalu rendah juga boleh menjadi tanda-tanda masalah kesihatan lain pada bayi yang dibawah umur 3 bulan. Anak perlu dibawa berjumpa doktor apabila bacaan suhu badan anak yang diukur menggunakan termometer rektal turun di bawah 36.5°C (97.7°F).

Demam Panas Pada Bayi 3 Bulan Ke Atas

Untuk bayi yang berumur lebih dari 3 bulan, hubungi doktor jika suhu badan anak melebihi 40°C (104°F) atau demam anak masih tak turun walaupun sudah diberi ubat menurunkan suhu badan.

Demam Bayi Berlarutan Lebih 5 Hari

Demam anak yang berlarutan selama lebih dari lima hari mungkin menunjukkan adanya masalah kesihatan lain. Segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Demam Tak Turun Walau Dah Bagi Ubat

Ubat seperti paracetamol boleh digunakan untuk menurunkan suhu bayi  jika diberi deskripsi oleh doktor. Ubat-ubat ini sepatutnya dapat menurunkan demam bayi dengan berksan. Hubungi doktor jika demam anak masih lagi demam berpanjangan walaupun ubat paracetamol sudah diberi.

Anak Tak Macam Biasa

Tanda-tanda yang tak normal semasa bayi demam adalah:

  • Susah untuk dibangunkan.
  • Tak cukup minum atau dehidrasi.
  • Lampin bayi tak perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 kali sehari.

Ibu Selalu Rasa Risau

Kadang-kadang ibu perlu ikut kata hati kerana naluri ibu selalu betul. Jika risau berpanjangan dengan keadaan anak walaupun sudah cuba merawat demam anak di rumah, ibu boleh terus dapatkan nasihat doktor untuk menyembuhkan demam pada bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top