10 Aktiviti Anak Yang Seronok Untuk Bayi Umur 18 hingga 24 Bulan : Must Try Fun Kids Activities

10 Aktiviti Anak Yang Seronok Untuk Bayi Umur 18 hingga 24 Bulan

Pada usia 18 hingga 24 bulan, anak-anak berada dalam fasa perkembangan yang cepat. Aktiviti anak yang menyeronokkan adalah sangat penting kerana mereka mula menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap persekitaran mereka.

Pada tahap ini, mereka mula menunjukkan minat yang lebih mendalam kepada persekitaran mereka, mempelajari kemahiran baru, dan berkembang dari segi fizikal, emosi, dan minda.

Ibu memainkan peranan besar dalam membantu anak membesar dengan melakukan aktiviti yang sesuai untuk anak. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa aktiviti anak yang menarik dan mudah dibuat untuk mendorong perkembangan anak.

Pindahkan Butang ke Dalam Bulatan

Masukkan beberapa butang ke dalam beg ziplock dan kemudian tambahkan sedikit gel rambut kedalamnya, kemudian tutup beg ziplock tadi. Lukis bulatan di belakang beg ziplock, dan tampalkan beg ziplock pada tingkap gunakan salotape. Cara bermain ialah dengan memindahkan semua butang dalam ziplock ke bahagian dalam bulatan yang dilukis tadi

Ia bagus untuk mengasah kemahiran motor halus. Untuk menjadikannya lebih seronok, letakkan butang dengan 2 warna berlainan dan lukis 2 bulatan dengan 2 warna tadi. Anak boleh cuba memindahkang butang yang sama warna dengan warna bulatan.

Aktiviti Memancing Untuk Anak 

Permainan ini dapat disediakan dalam masa 5 minit. Potong bentuk kad manila, lekatkan magnet pada belakang setiap  ikan kecil, dan letakkan dalam satu bekas atau tupperware. Batang pancing boleh dibuat dengan mengikat tali pada sebatang pen, dan menyambungkan magnet pada hujung tali.  Kemudian, anak boleh cuba memancing ikan yang ada dalam bekas tadi.

Permainan Tickle

Permainan ini amat menyeronokkan untuk anak yang masih kecil. Ambil 6 cawan ataupun lebih. Sembunyikan sehelai bulu di bawah satu cawan, dan  biar anak cari bulu tadi di antara semua cawan yang ada. Kalau anak berjaya cari bulu tadi, guna bulu tu untuk bermain dengan anak. Boleh juga sembunyikan mainan lain atau magnet di bawah cawan lain untuk menambah elemen kejutan.Aktiviti anak ini diinspirasikan dari buku “The Tickle Book”.

Padankan Stokin

Aktiviti ini merangsang minat anak untuk menyusun dan memadankan benda yang nampak sama. Beri beberapa pasang stokin pada anak dan biar anak padankan stokin ikut warna, bentuk dan gambar yang sama. Stokin  yang ada gambar haiwan lebih sesuai untuk aktiviti ini untuk anak.

 

aktiviti anak

Padankan Patung Haiwan dengan Gambar Dalam Buku

Aktiviti anak ini diinspirasikan dari aktiviti Montessori. Gunakan buku yang ada banyak gambar haiwan, seperti “First 100 Animals” yang ada banyak gambar haiwan dan objek. Kemudian padankan patung haiwan atau objek dengan gambar dalam buku. Patung haiwan Schleich sangat sesuai kerana kualiti dan persamaan dengan haiwan sebenar, tetapi apa-apa patung haiwan boleh digunakan.

Golekkan Bola Ping Pong ke Dalam Bekas

Letakkan satu atau dua bekas ke lantai dan pastikan ianya terbaring dengan lubang bekas menghala ke arah anak. Gunakan bola ping pong berwarna untuk bermain dan cuba golekkannya ke dalam bekas tadi.

Selain bola, anak juga boleh menggunakan kereta atau lori mainan untuk menggerakkannya masuk ke dalam bekas tadi. Aktiviti anak ini seronok dan sesuai untuk bermain bersama seisi keluarga.

Mewarna Kiub Ais

Ibu boleh menggunakan aktiviti mewarna kiub ais bagi merangsang keupayaan sensori anak. Bahan yang diperlukan adalah beberapa kiub ais dan watercolor. Cuba warnakan kiub ais dengan berus warna atau jari. Aktiviti anak ini dapat merangsang rasa ingin tahu anak tentang apa yang akan terjadi kalau ais diwarnakan.

 

aktiviti anak

Melekatkan Foam Huruf pada Tingkap

Basahkan sedikit bahagian belakang foam huruf dengan air dan minta anak untuk lekatkannya di tingkap. Huruf foam ini akan lekat di tingkap apabila basah. Anak akan rasa seronok bila dapat menampal dan mencabut huruf foam ini pada tingkap. Selain itu, aktiviti ini juga bagus untuk anak mengenali huruf.

Padankan Foam Nombor Dengan Lukisan

Foam nombor  sangat sesuai untuk bermacam-macam aktiviti anak. Untuk aktiviti ini, ibu boleh guna marker yang berwarna sama dengan warna foam dan lukiskannya pada kertas. Kemudian, anak perlu padankan foam nombor dengan lukisan tadi pada kertas. Aktiviti ini sangat bagus untuk anak mengenali nombor terutamanya apabila nombor ini disebutkan semasa bermain.

Kesan Domino

Permainan Jenga ada banyak gunanya kepada anak. Selain bermain Jenga, blok-blok ini juga boleh digunakan dalam banyak aktiviti anak. Untuk aktiviti ini, ibu perlu susun blok-blok Jenga dalam satu barisan secara berdiri, kemudian biarkan anak menolak blok pertama dan lihat blok-blok lain jatuh satu persatu. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu anak memahami konsep sebab dan akibat.

Kredit: Chicklink

Baca juga aktiviti menggembirakan untuk anak 6 bulan hingga 12 bulan.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top