Kembung perut adalah keadaan dimana ketidakselesaan pada perut yang berlaku disebabkan oleh pengumpulan gas pada yang terperangkap dalam sistem pencernaan. Kembung perut ini bukan sahaja berlaku pada orang dewasa malahan bayi juga menyebabkan bayi anda menangis, berasa gelisah dan tidak boleh tidur.
Bagi mengurangkan masalah kembung perut bayi ini, anda mungkin perlu mempertimbangkan :
In this Article
1. Sendawa (burping)
Pastikan bayi anda sendawa selepas menyusu terutamanya bayi yang menyusu dengan botol.
Berikut adalah cara menyendawakan bayi anda bagi mengelakkan kembung perut:
- Dudukkan bayi anda di atas ribaan menghadap ke arah anda.
- Letakkan tapak tangan anda rata pada dada mereka dan sokong dagu dan rahang bayi. Nota! ( Jangan beri tekanan pada kawasan tekak )
- Condongkan bayi anda ke hadapan sedikit dan dengan bebas tangan anda gosok atau tepuk belakang bayi anda perlahan-lahan.
2. Kedudukan penyusuan. (breastfeeding position)
Laraskan kedudukan penyusuan bayi anda. Sebagai contoh, jika anda menyusu, anda boleh mencuba pelbagai posisi penyusuan bagi mencari posisi mana yang lebih sesuai dan selesa. Selain itu, semasa penyusuan botol, pastikan botol besudut sesuai untuk meminimumkan pengambilan udara pada bayi menjadikan
3. Penyusuan perlahan.
Semasa penyusuan botol, pastikan aliran susu tidak terlalu cepat kerana hal ini mungkin menyebabkan bayi baru lahir menelan banyak udara menyebabkan berlakunya ketidakselesaan pada perut bayi.
4. Urut bayi.
Dengan mengurut perut bayi anda secara perlahan mengikut arah jam boleh membantu pergerakan gas. Hal ini membolehkan gas keluar dari perut bayi dengan mudah dan menghilangkan masalah kembung perut bayi. Dengan ini bayi akan lebih selesa dan dapat tidur dengan nyenyak juga bayi lebih ceria.
Selain itu, juga cara alternatif yang boleh digunakan bagi mengurut adalah dengan menggunakan minyak atau krim yang membantu mempercepatkan proses untuk angin dalam badan bayi keluar.
Misalnya dalam produk Youbaby, Baby Cream mempunyai bahan semulajadi dimana ia mengandungi daun Cassia Senna, EO Geranium, Aloevera, Jojoba Oil, Habatussauda yang membantu kelancaran proses pengeluaran angin dalam badan bayi. Hal ini demikian dapat membantu ibu-ibu mengatasi masalah kembung perut anak.
5. Alahan dan Sensitiviti.
Check bayi anda sekiranya bayi anda mempunyai alahan atau tidak. Hal ini kerana kembung perut juga boleh berlaku disebabkan oleh alahan atau kepekaan terhadap makanan tertentu (jika menyusu) iaitu sensitif terhadap benda asing yang masuk kedalam badan bayi atau susu formula. Kesannya bayi anda akan berasa tidak selesa dan menyebabkan bayi menangis kerana ingin meluahkan ketidakselesaan mereka.
Sekiranya, masalah kembung perut bayi masih berterusan, ada perlulah membawa bayi anda ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan lebih lanjut dan mendapatkan saranan doktor atau yang pakar dalam penjagaan bayi. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan dalam membantu menangani masalah kembung perut bayi. Apabila bayi dalam keadaan sihat maka ibu juga akan lebih gembira.