Ibu bapa pastinya akan berasa bimbang apabila suhu badan anak tiba-tiba menaik dengan mendadak dan badan mereka terasa panas. Demam bayi berlaku kerana sistem pertahanan imuniti bayi masih berada di tahap yang rendah yang menyebabkan mereka lebih mudah untuk jatuh sakit, terutama demam pada bayi.
Mengapa Bayi Demam?
In this Article
Pertambahan suhu badan pada bayi menunjukkan bahawa sistem imun anak sedang berlawan dengan penyakit bagi memastikan badan berada dalam keadaan sihat. Kadang kala, terdapat masalah yang menyebabkan ibu bapa mengalami kesukaran untuk ke klinik atau hospital untuk memeriksa demam bayi.
Terdapat banyak cara yang dapat dilakukan dirumah sekiranya ibu bapa tidak dapat berjumpa doktor dengan segera. Mari terus baca untuk mengetahui cara semulajadi yang boleh mengubati demam dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.
5 Cara Semulajadi Meredakan Demam Bayi
Banyakkan Minum Air atau Cecair
Pastikan anak mendapatkan air yang secukupnya bagi menurunkan demam bayi. Ibu boleh memberikan susu ibu atau susu formula kepada anak secara berkala ketika bayi demam.
Ini bagi memastikan suhu badan anak dapat diturunkan apabila demam. Air yang cukup dalam badan anak dapat ditentukan dengan warna air kencing. Sekiranya warnanya terang, maknanya anak mendapatkan air yang cukup.
Sup Ayam Mampu Menurunkan Demam Bayi
Sup ayam dapat membantu menghilangkan demam bayi. Nutrien yang terdapat dalam sup ayam dapat membantu untuk meredakan keradangan berpunca dari simptom suhu badan yang tinggi.
Minum sup ayam dapat mengurangkan mukus dalam badan bayi seterusnya mengurangkan kesesakan sewaktu bernafas apabila bayi demam. Pastikan umur anak sudah cukup besar sekiranya diberikan untuk menghadam makanan pepejal yang ada dalam sup ayam, seperti lobak merah atau sawi.
Untul bayi yang masih baru dengan makanan pepejal, ibu disarankan untuk memberikan kuahnya sahaja atau mengisar lembut sup ayam. Pastikan suhunya suam-suam kuku sahaja.
Beri Madu Pada Bayi Berusia 1 Tahun Ke Atas
Madu dikenali sebagai bahan makanan popular yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Sekiranya umur anak sudah lebih dari setahun, ibu boleh memberikan madu kepada mereka. Madu juga dapat membantu masalah batuk dalam kalangan kanak-kanak.
Satu kajian mendapati keadaan batuk kanak-kanak berkurang selepas mengambil satu setengah sudu teh sebelum tidur. Untuk bayi yang berusia 1 hingga 5 tahun, setengah sudu teh adalah jumlah dos yang memadai.
Ibu tidak boleh untuk memberikan madu kepada bayi yang masih kecil kerana ia boleh menyebabkan penyakit serius kepada anak seperti botulisme.
Mandi Air Halia
Mandi air halia dapat melegakan demam bayi kerana ia dapat membunuh bakteria yang menyebabkan demam pada bayi. Ia membantu menyingkirkan toksin dan suhu tinggi badan melalui berpeluh.
Tambah 2 sudu serbuk halia ke dalam air dan gaulkan rata di dalam air mandi yang suam. Mandian in dapat membantu anak mengurangkan suhu badan mereka. Pastikan air tak terkena mata anak ketika memandikannya.
Gunakan Putih Telur
Ambil 3 sudu besar putih telur dan ratakan dalam mangkuk. Celup dan rendamkan kain yang bersih, kemudiakan letak secara lembut di tapak kaki anak kecil. Biarkannya dalam tempoh masa selama satu jam.
Ini dapat merendahkan suhu badan bayi yang panas. Ibu boleh mengulang perbuatan ini sehinggalah demam bayi dapat diturunkan.
Bilakah Bayi Perlu Dibawa Jumpa Doktor?
Pada kebiasaanya, sakit seperti demam atau selsema tidak merbahaya kepada bayi dan boleh diubati di rumah. Tetapi ada situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut, seperti mempunyai masalah kesihatan kronik yang lain.
Berikut adalah tanda-tanda anak perlu dibawa berjumpa doktor segera untuk mendapatkan merawat demam bayi mengikut umur:
- 3 bulan kebawah: Suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Sistem imuniti bayi masih tidak berkembang sepenuhnya maka bayi lebih mudah untuk terdedah dengan jangkitan penyakit lain seperti pneumonia.
- 3 bulan sehingga 6 bulan: Suhu badan mencecah 38.3 darjah celsius.
- 6 bulan ke atas: Suhu badan mencecah 38.8 darjah celsius. Sekiranya anak mempunyai simptom lain seperti selsema, batuk, pening kepala dan sakit tekak, ibu bapa juga boleh terus mendapatkan rawatan doktor.
Ibu bapa perlu peka jika bayi kurang aktif daripada biasa atau menunjukkan tanda-tanda dehidrasi seperti kurang buang air kecil, tidak berpeluh atau bibir kering. Lihat juga cara penjagaan bayi ketika demam bagi mengetahui cara penjagaan yang baik.