Penjagaan Bayi Ketika Demam- 8 Tips

Penjagaan bayi ketika demam perlu dititikberatkan oleh semua ibu bapa yang mempunyai bayi. Disini kami akan berkongsi tips penjagaan bayi ketika demam.

penjagaan bayi

Apabila bayi anda demam

Ibu-ibu mungkin terganggu disebabkan tangisan bayi di waktu malam dan bila ibu-ibu lihat rupanya si kecil demam. Apa yang patut ibu-ibu lakukan ketika ini?

Amat penting untuk ibu-ibu tahu bagaimana melegakan bayi yang demam dan menyedari jika perlu ke klinik atau tidak.

Penjagaan bayi yang sakit

Sentuh dahi bayi menggunakan tapak tangan bukanlah satu cara yang betul untuk memastikan sama ada bayi demam atau tidak. Jadi bila ibu-ibu merasakan bayi demam, ambil termometer untuk melihat suhu bayi. Mudahkan.

Jika suhu bayi melebihi 100.4°F (38°C) maka bayi anda sah demam. Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda bayi demam dapat dilihat apabila badan bayi sedang melawan jangkitan.

Demam boleh merangsang pertahanan tubuh tertentu untuk melindungi daripada serangan virus dan bakteria. Jangan risau kerana ia adalah satu kaedah semula jadi badan untuk melawan jangkitan namun memberi sedikit kesan ketidakselesaan kepada bayi. Ibu-ibu juga akan perasan yang bayi bernafas agak cepat apabila dia demam.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, demam biasanya akan dikaitkan dengan penyakit berikut:

  1. croup
  2. pneumonia
  3. influenza
  4. jangkitan telinga
  5. selesema
  6. sakit tekak
  7. jangkitan saluran darah, usus, dan saluran kencing
  8. meningitis
  9. pelbagai penyakit virus

Demam boleh menyebabkan dehidrasi jika bayi ibu-ibu tidak minum air secukupnya (susu) atau

muntah akibat sakit mereka. Kanak-kanak mengalami dehidrasi lebih cepat berbanding orang dewasa. Antara gejala yang disebabkan oleh dehidrasi termasuklah:

 

  1. Menangis tanpa air mata
  2. Mulut kelihatan kering
  3. lampin kurang basah akibat tidak buang air kecil

Melainkan jika bayi anda kelihatan tidak selesa dan tidak tidur, makan atau bermain dengan normal, ibu-ibu kena tunggu dan lihat jika demam itu hilang sendiri.

Bagaimana ibu-ibu boleh melegakan bayi yang demam?

Bertanya dengan pakar pediatrik mengenai pemberian dos acetaminophen atau ibuprofen. Ubat ini biasanya mengurangkan demam sekurang-kurangnya 1 atau dua degree selepas 45 minit atau lebih. Ahli Farmasi atau doktor akan memberikan maklumat dos yang betul untuk diberikan kepada bayi. Perlu diingatkan jangan sesekali beri bayi ibu-ibu ASPIRIN.

Pastikan pakaian bayi sewaktu demam selesa mengikut keadaannya seperti tidak terlalu tebal. Pastikan juga ibu-ibu tidak lupa berikan air kepada anak kerana dehidrasi boleh berlaku ketika demam.

Ibu-ibu jika ingin memberikan keselesaan kepada bayi boleh cuba cara ini:

  1. Mandikan bayi dengan air suam
  2. Gunakan kipas penyejuk
  3. Jangan berikan pakaian tambahan
  4. Berikan air secukupnya

Periksa semula suhu bayi setelah ibu-ibu dah cuba semua tips di atas. Sambung lihat suhu bayi ibu untuk melihat jika demam berkurangan atau semakin meningkat.

Jika bayi ibu-ibu masih menyusu badan, cuba susukan selalu untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan juga bilik bayi anda dalam keadaan selesa dan sejuk. Gunakan kipas angin untuk mengitar udara di dalam bilik jika suhu bilik terlalu panas.

Bila waktu sesuai untuk berjumpa doktor jika bayi ibu-ibu demam?

Berjumpa pakar pediatrik secepatnya jika bayi ibu-ibu mengalami demam yang diikuti dengan mana-mana gejala berikut:

  1. muntah
  2. diarrhea
  3. keadaan bayi yang tidak dapat dijelaskan
  4. sawan
  5. keadaan bayi yang teruk, susah tidur, atau sangat cerewet (tidak selesa)

Bagaimana jika bayi ibu-ibu yang baru lahir mengalami demam?

Jika bayi ibu-ibu berumur seawal 3 bulan ke bawah dan suhu bayi ibu-ibu 100.4°F (38°C) dan ke atas, segeralah berjumpa doktor.

Bayi yang baru lahir akan mengalami kesukaran mengawal suhu badan ketika mereka sakit. Ini bermaksud bayi akan merasa sejuk dan bukannya panas. Jika suhu badan bayi ibu-ibu di bawah 97°F (36°C) segeralah berjumpa doktor.

Sawan dan demam

Ada kalanya, bayi yang berumur 6 bulan ke atas akan mengalami sawan ketika demam. Ini dipanggil febrile seizures dan ada kalanya disebabkan keturunan.

Dalam banyak keadaan, febrile seizure akan berlaku beberapa jam pertama penyakit. Selalunya akan berlaku beberapa saat dan biasanya bawah satu minit. Bayi boleh mengeras, berkedut, dan mata putih sebelum menjadi lemah dan tidak bertindak balas. Mereka mungkin mempunyai kulit yang kelihatan lebih gelap daripada biasanya.

Ia boleh menjadi pengalaman yang sangat sukar kepada ibu bapa namun febrile seizures tidak berlaku dalam jangka masa yang panjang. Tapi, ibu-ibu tetap perlu melaporkan keadaan bayi kepada doktor.

Jika bayi kelihatan mengalami masalah sukar bernafas, segera ke klinik atau hospital. Jangan lupa juga pergi ke klinik jika anak mengalami sawan secara berterusan lebih dari 5 minit.

Adakah bayi ibu-ibu mengalami demam atau heatstroke?

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, demam boleh dikelirukan dengan heatstroke. Jika bayi ibu-ibu terdedah di tempat panas atau dipakaikan pakaian yang tebal dalam cuaca yang panas dan lembap, kemungkinan heatstroke berlaku. Ia tidak disebabkan oleh jangkitan tetapi kerana faktor cuaca.

Suhu bayi akan meningkat dengan mendadak dalam tahap berbahaya melebihi 105°F (40.5°C). Keadaan ini perlu diturunkan dengan segera.

Caranya mudah je:

  1. lapkan badan bayi dengan air yang sejuk
  2. kipaskan bayi
  3. pindahkan bayi ke tempat yang lebih sejuk

Heatstroke harus dianggap sebagai kecemasan, jadi segeralah berjumpa doktor jika anak anda mengalami heatstroke.

Langkah seterusnya

Demam boleh menakutkan ibu-ibu, tetapi penting untuk diingatkan bahawa ia bukannya masalah. Sentiasalah mengawasi bayi dan ingat bahawa ibu-ibu perlu ”menjaga mereka bukannya demam tersebut”.

Jika bayi kelihatan tidak selesa, lakukan apa yang perlu sedaya upaya ibu-ibu untuk memberi keselesaan kepada mereka. Jika ibu-ibu tidak pasti dengan suhu badan bayi atau kelakuan mereka, jangan ragu-ragu untuk berjumpa doktor.

INFO: Ibu-ibu boleh juga lihat info tentang makanan punca keguguran. Mana tahu ada ibu-ibu yang tak tahu.

kredit: https://www.healthline.com/health/parenting/baby-fever-101

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top