4 Cara Hilangkan Sedu Bayi Yang Berkesan, Ibu Tak Perlu Risau Lagi : Effective Tips To Stop Hiccup

Sedu bayi terjadi bila diafragma bayi mengecut. Ini menyebabkan udara dalam badan keluar melalui kotak suara yang tertutup, lalu menyebabkan bayi sedu. Sedu biasanya tidak memudaratkan bayi.

Pada kebanyakan masa, sedu bayi akan hilang dengan sendirinya. Tapi untuk sesetengah keadaan di mana sedu bayi masih tak hilang-hilang, mungkin ibu boleh bawa anak berjumpa doktor.  Sebelum itu, ibu boleh mencuba cara untuk hilangkan sedu bayi yang akan diterangkan dalam artikel ini.

Pastikan Anak Sendawa Lepas Minum Susu

cara hilangkan bayi tersedu dan apa perlu buat - blog ibu bayi

Apabila perut bayi dipenuhi udara, ia boleh memberi tekanan pada diafragma bayi dan menyebabkan kekejangan. Bila ibu berhenti dari susukan anak sekejap sebelum sambung semula, ia boleh mengurangkan udara yang masuk dalam badan anak.

Pastikan anak sendawa setiap kali selepas minum susu bagi mengeluarkan udara dalam perut dan diafragma anak.

Gosok Belakang Anak

Menggosok belakang bayi dan menghayun boleh menenangkan anak. Cara ini dapat kurangkan sedu bayi. Selain itu, anak akan mudah sendawa bila belakang badannya digosok.

Menggunakan Pacifier untuk Botol Susu

Menggunakan pacifier untuk minum susu boleh merehatkan diafragma dan mengurangkan sedu. Walaupun tiada bukti saintifik yang khusus, ramai ibu yang rasakan cari ini berkesan untuk hilangkan sedu bayi.

Beri Air Herba (Gripe Water)

Air herba adalah campuran herba dan air. Sesetengah orang menggunakannya untuk menghilangkan kembung perut dan masalah lain. Herba yang biasanya terdapat dalam air gripe termasuklah halia, chamomile, dan kayu manis.

Ada yang percaya sedu disebabkan oleh masalah perut dan air herba ini dapat merawatnya , tapi tiada bukti saintifik yang menyokong ini. Ibu perlu peka sebab air herba ni tak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan.

Berapa Lama Bayi Akan Terus Tersedu?

Sedu bayi biasanya cuma bertahan untuk beberapa minit sahaja. Menggunakan pacifier dan buat bayi sendawa lepas minum susu dapat kurangkan sedu pada bayi.

Perkara Yang Patut Dielakkan

Ada sesetengah cara tradisional untuk hilangkan sedu bayi seperti membuat bayi terkejut, menarik lidah anak dan beri anak minum dalam keadaan terbalik. Tapi cara ini bahaya dan tak disarankan untuk anak sebab cara ni tak boleh hentikan sedu.

Punca Sedu Pada Bayi Baru Lahir

Sedu bayi biasanya terjadi tanpa punca yang jelas, tapi menyusu boleh menyebabkan diafragma bayi kejang. Ini boleh terjadi semasa bayi:

  • Menyusu terlalu banyak
  • Menyusu terlalu cepat
  • Udara banyak masuk dalam badan apabila menyusu

Faktor-faktor ini boleh menyebabkan perut bayi mengembang dan memberi tekanan pada diafragma,seterusnya menyebabkan kekejangan.

Bolehkah Baringkan Bayi Masa Tersedu?

Ibu boleh membantu bayi sendawa dengan membaringkan anak di lutut dan dialas dengan kain atau tuala. Pastikan ibu letakkan satu tangan pada kepala bayi, dan tangan lagi satu untuk tepuk belakang anak secara perlahan-lahan.

Bolehkah Sedu Pada Bayi Dielakkan?

Setakat ini, tiada cara khas yang terbukti boleh hilangkan sedu, tapi ada beberapa strategi yang boleh membantu seperti:

  • Beri bayi susu sebelum anak lapar supaya anak rasa tenang
  • Beri susu yang sikit tapi secara kerap dan berkala
  • Dudukkan bayi lepas anak habis minum susu
  • Tukar posisi botol supaya tiada udara terperangkap pada tempat hisap botol susu
  • Pastikan keseluruhan hujung botol susu berada dalam mulut bayi.

Bila Perlu Hubungi Doktor

Hubungi doktor jika sedu membuat bayi tak selesa atau menganggu mood bayi. Ini kerana  bayi mungkin ada masalah kesihatan lain.

Ada keadaan lain di mana ia menyebabkan bayi sedu berterusan iaitu GER (Gastroesophageal Reflux), dan antara tandanya ialah:

  • menangis lebih banyak dari biasa, terutamanya semasa atau selepas menyusu
  • badan bayi melengkung masa disusukan
  • Banyak muntah dari biasa

Jika ibu syak bayi ada GER ibu boleh terus hubungi doktor untuk dapatkan bantuan lanjut.

Rumusan

Sedu bayi biasanya bukanlah satu masalah kesihatan yang serius. Kebanyakan bayi akan mula sedu pada tahun pertama. Sebab utamanya biasa berpunca dari minum susu.

Ibu-ibu boleh menggunakan tips yang diatas untuk kurangkan sedu pada anak. Kalau sedu masihtak hilang atau anak mula nampak tak selesa dan ada gejala lain, sebaiknya hubungi doktor.

Kredit :  Medical News Today

Baca juga Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top