3 Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir – Punca, Tips Dan Rawatan : Best Tips

sendawakan bayi

Ibu pastinya akan belajar benda baru bila sudah ada anak. Cara sendawakan bayi pun ialah benda yang ibu patut tahu. Ini sebab bayi senang kembung perut bila mula hisap susu akibat udara yang masuk dalam perut semasa menyusu.

Tapi, macam mana nak pastikan anak dapat sendawa supaya tak kembung perut? Mari terus baca untuk tahu cara sendawakan bayi yang betul dan selamat!

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Kadang-kadang bayi boleh sendawa dengan sendiri tanpa guna apa-apa cara. Tapi  kebanyakan masa anak perlukan bantuan untuk sendawa dan ada beberapa proses untuk bantu ibu ikut. Ada tiga posisi yang dapat bantu untuk sendawakan bayi iaitu letak di atas bahu, duduk di riba atau baring di riba.

Pilih cara paling selesa untuk bayi. Tapi sebelum mula buat, ibu perlu letakkan beg muntah, kain atau apa-apa alas di bahagian dagu bayi sekiranya bayi akan termuntah.

Cara di  Bahu

Untuk kaedah menepuk di atas bahu, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Berdiri atau duduk dengan bersandar sikit.
  2. Pegang bahagian bawah badan bayi.
  3. Pastikan bayi anda tegak dan menghadap ke bahagian belakang badan , pastikan ada kain lap atau apa-apa alas bawah dagu.
  4. Tepuk, gosok atau urut bahagian belakang bayi dengan jari secara lembut. bayi mungkin akan bergerak-gerak sikit tapi ia tak menyakitkan bayi.
  5. Tepuk sikit belakang bayi selama seminit. Kalau bayi masih tak sendawa, baringkan anak kejap di riba selama seminit dan cuba lagi. 

Cara Duduk Di Riba

Untuk menepuk semasa bayi duduk di riba,ibu boleh ikut cara ni:

  1. Posisikan anak untuk duduk di riba ibu sambil memandang ke depan. Pastkan dada anak ke depan.
  2. Letakkan tangan  bawah dagu anak (bukan di leher) untuk menyokong dada dan kepala.
  3. Tepuk bahagian belakang bahu anak.
  4. Ib perlu sabar dan tunggu anak untuk sendawa, ia boleh mengambil 4 hingga 5 minit.

Cara Baringkan Anak di Riba

Untuk cara berbaring, ikut cara ini:

  1. Tiarapkan bayi dengan kepala ke bawah sokong kepala anak dengan riba, lengan ataupun tangan ibu.
  2. Pastikan paras kepala anak lebih tinggi daripada bahagian badan yang lain.
  3. Gosok dan tepuk belakang mereka dengan kuat.

Kenapa Bayi Baru Lahir Perlu Sendawa?

Semasa menyusu, udara akan terperangkap dalam perut bayi. Udara ini yang  menyebabkan anak menangis atau meragam. Selain itu, udara yang juga boleh membuatkan bayi rasa kenyang walaupun sebenarnya anak tak cukup makan.

Hal ini biasa terjadi bila bayi menyusu botol. Tapi bayi juga boleh kembung perut masa menyusu biasa dengan ibu. Ini sebab bayi yang perut kosong akan minum susu anak dengan cepat atau kalau ibu ada banyak susu.

Antara penyebab udara berlebihan yang paling biasa dalam bayi yang menyusu ibu  termasuk:

  • Kacang dan makanan tinggi serat
  • Sayur-sayuran cruciferous (seperti brokoli, kembang kol, kubis, dan kubis brussel)
  • Gula-gula dan gula-gula getah
  • Minuman ringan
  • Buah-buahan dan minuman buah
  • Produk tenusu
  • Coklat

Kalau bayi tak boleh hadam bahan tertentu dalam susu ibu atau susu formula , kembung perut anak mungkin jadi lebih teruk. 

Bila Bayi Perlu Sendawa

Ibu disyorkan untuk sendawakan bayi  secara berkala, semasa dan selepas penyusuan, walaupun anak nampak macam biasa sahaja. Ini sebab ibu tak dapat tahu berapa banyak udara yang masuk dalam perut bayi, jadi lebih baik untuk keluarkan udara dengan sendawa.

Kalau bayi tertidur semasa menyusu, ibu masih boleh buat anak sendawa. Cara sendawakan bayi sama sahaja, cuma perlu lebih perlahan dan lembut. Kalau anak masih belum kenyang, tepukan belakkang boleh bangunkan anak dan buta mereka sambung menyusu sampai kenyang.

Bila Perlu Berhenti Sendawakan Bayi

Tiada umur khusus untuk berhenti sendawakan bayi lepas minum susu, tapi bila bayi membesar ibu dah tak perlu tepuk sangat belakkang bayi  sebab sistem percenaan bayi dah mula matang. Kalau perasan anak masih nampak tak selesa atau tengah kembung perut, boleh terus menepuk belakkang bayi sampailah anka sendawa.

Tips Lain untuk Kurangkan Kembung Perut Bayi

Kalau ibu masih tak berjaya untuk sendawakan bayi dengan cara yang disebut, ibu boleh guna cara lain untuk sendawakan bayi. Antaranya ialah:

  • Tekan Perut Dengan Lembut : Ibu boleh cuba untuk urut atau tekan perut anak dengan lembut, atau gerakkan kaki bayi kedepan dan kebelakang semasa bayi baring.
  • Cari Punca Kalau anak cepat kembung perut, ibu boleh cari punca dengan perhatikan gaya pemakanan ibu seperti produk tenusu.
  • Sesuaikan Aliran Susu: Ibu boleh pilih botol susu dengan pilih puting susu botol dengan kelajuan aliran yang sesuai dengan umur bayi. Boleh juga pilih botol susu anti kolik yang dapat kurangkan kemasukan udara dalam perut bayi. Kalau semua masih tak berkesan, boleh cuba dapatkan ubat yang sesuai di kedai farmasi dan diluluskan jabatan kesihatan.

Bila Perlu Hubungi Doktor?

Biasanya, kembung perut bayi tak menyebabkan masalah serius. Tapi ibu mungkin perlu dapatkan rawatan untuk bayi kalau ada simptom-simptom ni:

Kredit: Parents

 

Baca Juga: 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top