Anak susah nak belajar?5 Cara Untuk Membantu Anak Anda Belajar: Easy Tips For Parents

“Saya sangat bimbang dengan anak perempuan saya, dia tidak mahu belajar atau memberikan sebarang ekspresi muka. Saya merupakan ibu yang bekerja sepenuh masa. Saya tidak mempunyai masa untuk memantau perkembangan anak saya”. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka sejak dari kecil lagi. Tak kira apa cara sekali pon, ibu bapa akan melakukan apa saja untuk membantu anak mereka supaya mempunyai keinginan untuk mengenal. Oleh itu, persekitaran yang menyokong keinginan semula jadi anak anda untuk belajar perlu diwujudkan dalam kehidupan seharian.

belajar
Oleh itu, persekitaran yang menyokong keinginan semula jadi anak anda untuk belajar perlu diwujudkan dalam kehidupan seharian.

Tips untuk membantu anak belajar

  1. Jadilah sedikit aneh untuk anak anda

Bermain dengan cara mengagah merupakan faktor utama dalam membina kemahiran sosial yang penting dan ia boleh berlaku di mana sahaja. Anda bukan sahaja akan membuat bayi anda ketawa ketika anda meletakkan mainan di kepala anda malah anda akan mewujudkan perasaan hubungan yang indah. Sebagai contoh, mainkan peekaboo atau ‘au-cak’ dengan wajah lucu yang berbeza setiap kali, atau ketuk bayi anda di hidung dengan kesan bunyi yang dramatik (“Boop!” “Boing!”).

  1. Menggunakan Tangan Anda

Main jari seperti “Itsy-Bitsy Spider” dapat membantu bayi dengan kemahiran bercakap lebih awal. Suasana nyanyian adalah kunci, begitu juga gerakan tangan. Pergerakan itu membantu bayi mempelajari makna perkataan semasa anda menyanyikan bahawa labah-labah naik ke kawasan perairan, anda menggunakan jari untuk menunjukkan dia ‘naik’ dengan tangan anda. Anak anda akan cuba untuk mempelajari dan berusaha untuk mengikuti cara anda.

  1. Bermain di luar rumah

Bermain di luar rumah membantu anak anda merasakan tekstur rumput atau suasana di luar rumah adalah pengalaman untuk anak anda supaya dapat mempelajari keindahan dan kelekaan. Buat pertama kali, anak anda akan kegelian untuk memijak rumput. Namun begitu, apabila mereka sudah merasai keseronokan, mereka akan cuba untuk memegang dan berlari di atas rumput. Meskipun anak anda berlari sehingga tersandung atas jalan atau simen sehingga terluka, dia akan belajar tentang rasa keseronakan dan kesakitan. Anak anda juga akan belajar dan memperhatikan segala perkara atau serangga yang dia lihat ketika sedang berjalan di jalan seperti retakan, semut merangkak, bahkan sampah kecil.

  1. Belajar bercakap Tentang Nombor

Mempelajari perbezaan antara ‘satu’ dan ‘dua’ adalah asas penomboran. Penggunaan jari juga sangat penting semasa menunjukkan ‘satu’ dan ‘dua’. Sangat berguna untuk belajar “satu” dan “dua” pada masa yang sama kerana masing-masing berfungsi sebagai contoh dari yang lain. Untuk mengajar: Tunjukkan “satu” perkara – sebagai contoh, cawan – kemudian tunjukkan sepasang cawan. Pada mulanya, anak kecil anda mungkin menggunakan perkataan “dua” menunjukkan maksud sebilangan barang lebih dari satu, dan itu normal. Ini bermaksud dia memahami bahawa dua berbeza daripada satu. Ini juga bermaksud dia sudah siap belajar tentang “tiga” dan nombor seterusnya. Pembelajaran bilangan nombor bersama contoh barang memberi kesan yang positif kepada anak anda. Ia membantu agar lebih mudah difahami.

  1. Makan bersama

Pada peringkat masih kecil, anak akan menyuap anak anda makan agar tidak bersepah dan kotor. Walaupun anda tidak makan bersamaan dengan bayi anda tetapi pelbagai aktiviti dan cara untuk membantu anak anda supaya belajar dan seronok. Anak anda akan ketawa apabila anda cuba membawa tangan ke mulut untuk menggigit, kemudian membuat persembahan mengunyah. Kemungkinannya, si kecil anda akan cuba menyalin anda. Tambahan lagi, anda boleh menggunakan sudu sebagai kapal terbang sambil bercakap “aaaaaa buka mulut, kapal terbang datang, woooo” ketika cuba menyuap makanan ke dalam mulut si kecil anda. Anak anda akan lebih seronok dan cuba belajar mengeluarkan bunyi seperti yang dilakukan oleh anda. Meniru adalah alat yang sangat kuat untuk belajar dan sangat penting untuk mengambil norma sosial.

  1. Fokus pada buku pembacaan kanak-kanak

Buku-buku berima seperti Brown Bear, Peter and Jane sangat hebat untuk mencetuskan jalan bahasa awal dan penggunaan buku bergambar tanpa ayat seperti buku bergambar Wordless. Anak lebih menyukai buku yang bergambar warna-warni berbanding buku yang penuh dengan teks atau cerita.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top