Panduan Lengkap Makanan Bayi Untuk Anak 6 Bulan: Healthy Food For Baby

makanan bayi 6 bulan

Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, anak biasanya sudah bersedia untuk mula makan makanan pejal. Makanan bayi perlulah dipilih dengan betul kerana ia penting bagi perkembangan bayi yang sihat bermula seawal usia anak 6 bulan.

Dalam artikel ini, mari kita lihat makanan bayi 6 bulan yang sesuai untuk anak, bagaimana untuk mula bagi anak makan pejal serta tips penting untuk pastikan pemakanan anak yang sihat.

Cara Mula Beri Makanan Pejal

Pada umur 6 bulan, bayi hanya memerlukan makanan pejal dalam kuantiti yang sikit untuk sekali sehari sahaja. Waktu makan boleh disesuaikan dengan jadual pemakanan harian bayi.

Mulakan dengan sayur yang tak manis dan  mudah dihadam seperti brokoli, bunga kubis, dan bayam. Ini bukan sahaja membantu bayi membiasakan diri untuk merasa makanan yang berbeza, tetapi ia juga membantu anak untuk tidak menjadi cerewet dalam memilih makanan manis sahaja apabila mereka semakin besar kemudian.

Apa Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan?

Apabila anak sudah mula makan pejal, ibu perlu tambah kuantiti dan variasi makanan secara beransur-ansur setiap minggu. Pada awalnya, ibu hanya perlu beri makan sebanyak mana yang bayi mahukan.

Pastikan makanan yang dimasak dah betul-betul sejuk sebelum diberi kepada bayi anda, dan perhatikan kalau anak ada tersedak atau tercekik sewaktu makan.

Makanan yang bayi makan tak perlu ditambah gula, garam ataupun air masak. Ibu perlu elak dari beri makanan yang masin pada bayi kerana ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal ataupun makanan manis kerana ia boleh menyebabkan gigi berlubang.

Sayur-Sayuran

Pastikan sayur dimasak hingga lembut, kemudian lenyekkan dengan garpu atau kisar sampai ia sesuai untuk dihadam bayi.

Antara sayur yang sesuai sebagai makanan bayi 6 bulan, termasuk makanan dengan variasi rasa pahit adalah:

  • Asparagus
  • Avokado
  • Brokoli
  • Labu manis
  • Kubis
  • Lobak merah
  • Bunga kubis
  • Kacang hijau
  • Kacang pea
  • Lada benggala
  • Bayam

Buah-buahan

makanan bayi 6 bulan

Buah yang sudah masak boleh dilenyekkan sehinggalah teksturnya sesuai untuk dihadam bayi. Buah-buahan yang lebih keras perlu dimasak terlebih dahulu untuk melembutkannya.

Pastikan setipa buah dicuci dan dibuang biji dan kulitnya. Buah yang boleh diberikan kepada bayi 6 bulan antaranya ialah:

  • Epal
  • Pisang
  • Blueberry
  • Kiwi
  • Mangga
  • Tembikai
  • Oren
  • Betik
  • Peach
  • Pear
  • Nanas
  • Plum
  • Raspberi
  • Strawberi

Makanan Berkanji

Makanan ini boleh dimasak jika perlu dan kemudian dilenyekkan dengan garpu atau dikisar untuk sehinggalah tekstur makanan sesuai untuk pemakanan bayi.

Bijirin boleh dicampur dengan susu ibu atau susu formula – atau dengan susu lembu penuh krim yang telah dipasteur jika umur bayi sudah lebih dari 6 bulan.

Makanan berkanji termasuk:

  • Roti
  • Chapatti
  • Jagung
  • Makanan oats
  • Pasta
  • Roti pita
  • Bubur
  • Kentang
  • Nasi
  • Keledek
  • Roti bakar

Makanan Berprotein

Jenis makanan ini termasuk daging, ikan, telur, kacang, dan kekacang, yang sesuai diberikan kepada bayi umur sekitar 6 bulan.

Selain memberikan protein, makanan ini juga mengandungi nutrien penting lain seperti zat besi dan zink yang penting untuk bayi.

Untuk telur, pastikan ibu hanya memberi telur yang bersih dan sudah diproses supaya selamat untuk bayi. Antara makanan protein yang bagus untuk bayi 6 bulan termasuklah:

  • Kacang
  • Daging lembu
  • Ayam
  • Telur
  • Ikan (tanpa tulang)
  • Daging kambing
  • Tauhu
  • Ayam belanda

Produk Tenusu

Makanan tenusu yang dah dipasteur seperti yogurt penuh lemak dan keju sesuai untuk bayi yang sudah berumur 6 bulan keatas. Yogurt penuh lemak yang kurang gula atau tak berperisa idalah pilihan yang terbaik kerana ia tidak mengandungi gula tambahan.

Susu lembu penuh krim yang dipasteur (atau susu kambing) boleh digunakan dalam masakan atau dicampur dengan makanan bayi, tetapi tak boleh diberikan sebagai minuman sehinggalah bayi sudah cukup umur 12 bulan. 

Makanan Perlu Dikisar Halus Atau Tidak?

makanan bayi 6 bulan

Bayi memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai jenis tekstur makanan. Bila anak sudah bersedia, Ibu boleh beralih dari memberikan makanan yang dikisar halus ke makanan yang dikisar kasar atau makanan yang berketul.

Ini membantu anak belajar mengunyah dan menelan makanan pejal dengan lebih baik. Sentiasa perhatikan bayi sewaktu makan untuk pastikan anak tak tercekik.

Adakah Anak Masih Perlukan Susu?

Ya, susu ibu atau susu formula masih merupakan sumber utama tenaga dan nutrien bagi anak 6 bulan ke atas. Walaupun anak sudah mula makan makanan pejal, pastikan anak masih diberikan susu sebagai minuman utama.

Selepas memberi makanan bayi  yang sesuai, anak harus diberikan susu supaya kenyang dan mendapat nutrien yang mencukupi.

Minuman yang Sesuai untuk Bayi 6 Bulan

Semasa waktu makan anak, beri air dalam cawan supaya anak dapat belajar minum dari dalam cawan dengan cara yang betul. Jangan beri air yang manis seperti jus buah, minuman bergas, atau susu bergula kerana ini boleh menyebabkan gigi anak rosak.

Susu lembu juga tak sesuai untuk anak sehinggalah umur bayi sudah mencecah 12 bulan, tapi ianya masih boleh digunakan dalam masakan atau dicampur dengan makanan yang dihidangkan untuk anak 6 bulan ke atas.

Makanan yang Boleh Sebabkan Alahan

Walaupun kedengaran menakutkan, sebenarnya ia agak penting untuk mengetahui jika anak ada reaksi alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Tetapi, ibu perlulah memberinya dalam kuantiti yang sangat sedikit dan satu jenis makanan pada suatu masa sahaja. 

Antara makanan yang boleh cuba diperkenalkan dalam rutin pemakanan anak 6 bulan keatas dalam kuantiti yang sedikit adalah:

  • Susu lembu (untuk masakan atau dicampur dengan makanan sahaja)
  • Telur (telur yang tak diproses tidak boleh dimakan mentah atau separuh masak)
  • Makanan yang mengandungi gluten, termasuk gandum, barli, dan rai
  • Kacang dan kacang tanah (dihidangkan dalam bentuk hancur atau kisar)
  • Biji-bijian (dihidangkan dalam bentuk hancur atau kisar)
  • Soya
  • Makanan laut (jangan dihidangkan mentah atau separuh masak)
  • Ikan

Apabila bayi sudah makan dan anak tiada reaksi alergi, ibu boleh membiasakannya dalam rutin pemakanan harian anak supaya dapat mengurangkan risiko alergi makanan apabila anak semakin besar. Sekiranya anak mengalami reaksi alergi yang serius apabila mula makan, hubungi doktor segera untuk mendapatkan rawatan.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top