Anda sudah kira-kira hampir 12 minggu mengandung dan tiba-tiba anda mesti menginginkan nachos. Nachos yang sangat sangat banyak. Tetapi apabila anda berdiri selaras dengan makanan Mexico, anda menyedari tiada apa yang akan menjadi lebih baik dengan nachos daripada semangkuk strawberi dan krim putar . Disini la akan berlaku di mana anda mungkin akan mengalami keinginan yang tidak pasti dan sentiasa bertukar-tukar. Berikut adalah mengapa keinginan atau mengidam berlaku semasa kehamilan dan apa yang dimaksudkan. Dalam artikel ini juga akan membincangkan berapa lama mengidam si ibu selalu bertahan dan adakah ia selamat untuk dinikmati.
Keinginan yang dialami oleh semua orang akan terus berlaku semasa kehamilan. Sekiranya makanan, dadah, atau tingkah laku tertentu menjadi kebimbangan sebelum kehamilan, kemungkinan besar ibu hamil akan terus mengidamnya semasa kehamilan. Kadang-kadang ini sangat berbahaya, seperti mana-mana ubat seperti benzodiazepin atau alkohol, di mana bahan itu boleh menjadi toksik kepada kehamilan. Dan kadang-kadang ia agak biasa, seperti perasa ais krim Ben & Jerry.
Penyebab Mengidam dalam Kalangan Ibu Berlaku?
In this Article
Ianya perkara biasa semasa kehamilan untuk mengidam dengan kombinasi pelik pada makanan atau perkara yang anda tidak pernah mahu makan sebelum ini. Menurut penyelidikan yang dibentangkan di Frontiers in Psychology, kira-kira 50 hingga 90 peratus wanita Amerika mempunyai beberapa jenis keinginan makanan tertentu semasa kehamilan. Tetapi doktor tidak tahu sebab sebenar mengapa wanita hamil mempunyai keinginan untuk rasa, tekstur, atau gabungan rasa yang kadang kala kelihatan enah. Hormon yang cepat berubah mungkin juga salah satu puncanya. Keinginan yang dialaui oleh ibu-ibu juga mungkin berlaku oleh kerana badan mereka yang bekerja dengan laju dan memerlukan peredaran darah yang banyak.
Keinginan kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk hormon, bau dan rasa yang tinggi, dan kekurangan nutrisi. Mengidam biasanya bermula pada trimester pertama dan puncak pada trimester kedua, tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan. Jika anda mendapati diri anda dipandangg pelik oleh ahli keluarga anda dan juga rakan-rakan anda, ingatla bahawa anda tidak keseorangan.
Bila Rasa Mengidam Ini Boleh Berlaku?
Bagi kebanyakan wanita, ianya bermula pada trimester pertama, memuncak pada trimester kedua, dan merosot pada ketiga. Terdapat beberapa keinginan yang akan berterusan walaupun telah melahirkan anak supaya si ibu tidak akan mempunyai keinginan untuk mengidam yang pelik dan aneh untuk selamanya. Malah, ramai wanita mempunyai keinginan untuk satu atau dua hari, keinginan lain untuk satu atau dua hari yang berbeza, dan sebagainya.
Kebanyakkan keinginan mengandung adalah peribadi, tidak berbahaya, dan bahkan boleh menjadi agak lucu. Contohnya:
- Manisan, seperti ais krim dan gula-gula
- Tenusu, seperti keju dan krim masam
- Karbohidrat berkarbonat
- Buah-buahan
- Sayur-sayuran
- Makanan segera, seperti masakan Cina atau pizza
Ada juga yang mungkin mengidamkan makanan yang pelik dan mempunyai rasa yang aneh. Sebagai contoh:
- Telur rebus dengan lobak
- Cendawan bawang putih dicelup ke dalam custard
- Lobak merah yang diparut dicampur dengan sos tomato
Bagi sesetengah orang, kombinasi makanan yang ganjil adalah yang paling memuaskan – itulah anatar perkara yang mungkin kedengaran pelik, tapi enak untuk dimakan, lebih-lebih lagi golongan si ibu-ibu yang mengidam.
Bila Anda Patut Berjumpa Dengan Doktor Berkaitan Dengan Mengidam?
Beberapa keinginan boleh berbahaya dan tanda bahawa anda perlu berjumpa doktor. Jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk makan kotoran, sabun, atau barangan bukan makanan lain semasa mengandung, anda mungkin mempunyai pica, yang berpotensi beracun. Walaupun hanya sebilangan kecil wanita yang mengidamkan alkohol atau ubat semasa kehamilan, ia tetap bahaya untuk bayi anda terlalu besar. Bercakap dan berbincang dengan doktor tentang perkara ini untuk memastikan anda dan bayi anda selamat.
Menangani Mengidam ketika Mengandung.
Salah satu cara terbaik untuk mengatasi mengidam ketika hamil ialah memastikan anda mempunyai makanan seimbang sepanjang hari. Makan sarapan pagi, dapatkan aktiviti fizikal secara tetap, dan pastikan anda mempunyai banyak sokongan emosi.
Apabila anda mempunyai rasa ngidam yang kuat, alihkan perhatian diri anda. Pergi berjalan-jalan, bermain permainan, lawati rakan. Jika itu tidak berfungsi, anda boleh membantu memuaskan keinginan dengan memberi perhatian kepada apa yang tubuh anda memberitahu anda, dan mencari alternatif.
Jika anda masih mendapati diri anda inginkan ais krim, makan dalam kuantiti yang sedikit. Kesederhanaan adalah kunci kepada diet yang sihat semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, sebaiknya berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai keinginan untuk perkara seperti kanji, kotoran, atau Play-Doh. Memiliki keinginan untuk barangan bukan makanan ini boleh menjadi tanda kekurangan nutrien.
Kehamilan adalah pengalaman yang indah. Nikmati setiap saat dan hargai perubahan selera pada diri anda, tapi pastikan keinginan anda tidak menjejaskan kesihatan sama ada terhadap diri sendiri dan bayi anda.