Sebenarnya, apa itu postnatal dan kemurungan postnatal?
Postnatal bermaksud tempoh masa selepas kelahiran sehingga alat kelamin dan rahim kembali normal. Ia dikira bermula dari selepas kelahiran uri (fasa ketiga proses kelahiran) sehingga tempoh masa 42 hari. Ia juga dikenali sebagai tempoh waktu berpantang bagi ibu selepas bersalin.
Semasa postnatal, berlaku perubahan hormon yang mempengaruhi fizikal dan emosi ibu. Oleh yang demikian penjagaan posnatal adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat. Sekiranya ibu mengalami perubahan tingkahlaku yang medadak, ia berkemungkinan adalah kemurungan postnatal.
Simptom Kemurungan Postnatal
In this Article
- Perasaan sedih & ‘low mood’ yang berpanjangan.
- Letih, lesu dan tidak bermaya.
- Rasa ingin mencederakan diri sendiri.
- Kurang keyakinan diri dan rasa semua perkara yang sudah terjadi sudah tidak ada harapan lagi.
- Tidur terganggu.
- Hilang selera makan.
- Sentiasa berfikiran negatif
- Sentiasa rasa sedih dan iri hati
- Serangan panik
- Sukar memberi perhatian atau mengingat sesuatu
- Tidak berminat melakukan aktiviti biasa
Punca Kemurungan Postnatal
Perubahan Fizikal
Selepas melahirkan anak, hormon kehamilan yang berkurang secara mendadak menyebabkan perubahan aktiviti otak. Hal ini menyebabkan kemurungan dalam kalangan ibu terutamanya disebabkan oleh tidur yang terganggu dan keletihan.
Perubahan Emosi
Pengalaman menjadi seorang ibu terutama yang baru pertama kali melahirkan anak adalah sesuatu yang sangat mencabar. Disebabkan perubahan ini, emosi ibu terganggu disebabkan perlu menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan anak yang baru lahir.
Ditambah dengan tidur yang terganggu akibat anak menangis malam-malam serta kepenatan, emosi ibu tidak terjaga dan boleh menyebabkan kemurungan postnatal.
Perubahan Sekeliling
Disebabkan ibu yang baru lepas bersalin mengalami perubahan dari segi persekitaran, ibu akan merasa sedikit terganggu dengan tanggungjawab baru. Perubahan ini menyebabkan ibu merasakan mereka tak selalu dapat berhubung dengan rakan seperti kebiasaan dalam tempoh berpantang.
Ibu pasti akan rasa ketinggalan dan meluangkan lebih banyak bersendirian. Ini menyebabkan mereka merasa tak gembira dan menjadi penyebab kemurungan postnatal dalam kalangan ibu.
Hubungan dan Tingkahlaku Ibu
Kurang minat bergaul dengan orang lain: Sesetengah ibu dengan kemurungan sebegini akan merasa ingin menjauhkan diri dari semua orang termasuklah anak. Setiap ibu mengambil masa yang berbeza untuk mengeratkan hubungan dengan anak.
- Ketidakseimbangan emosi: Ibu yang mengalami simptom ini akan mengalami ketidakseimbangan emosi yang ketara. Pastikan ada orang yang dapat memberi sokongan emosi kepada ibu yang mengalami kemurungan, seperti suami, adik beradik dan rakan.
Bagaimana Kemurungan Postnatal Didiagnosis?
Sekiranya mengesyaki orang terdekat mengalami kemurungan postnatal, disarankan untuk berjumpa dengan doktok pakar. Ibu dan ahli keluarga terdekat akan diberikan soalan tentang perasaan dan simptom-simptom yang mereka hadapi.
Jawapan yang diberikan perlulah jujur supaya ianya dapat memudahkan doktor pakar untuk mengesan tanda-tanda kemurungan ini. Diagnosis awal dapat membantu untuk mengurangkan kesan negatif yang dialami dengan lebih baik.
Bagaimana Untuk Merawat?
Cara merawat kemurungan postnatal bergantung kepada tahap keseriusan dan simptom yang dialami. Penjagaan dan sokongan emosi yang baik kebiasaannya dapat menghalang kemurungan ini dari menjadi makin teruk.
Untuk sesetengah kes dengan tahap keseriusan tinggi, doktor pakar akan memberikan ubat anti-depresi. Selain itu, penjagaan dir yang bagus dapat membantu mengurangkan kemurungan, seperti:
- menerima sokongan emosi dari orang sekeliling
- mengamalkan pemakanan sihat
- merancang waktu tidur yang cukup dan sesuai
- melakukan senaman ringan
- sentiasa pastikan diri aktif
Bagaimanakah Saya Boleh Membantu?
Sekiranya mengesyaki ibu, isteri atau orang terdekat mengalami kemurungan postnatal, perkara yang anda harus lakukan adalah dengan:
- Sentiasa bersabar
- Menggalakkan mereka untuk meluahkan perasaan
- Kurangkan orang yang melawat atau berjumpa dengan mereka jika rasa tak selesa
- Tolong melakukan kerja rumah atau menjaga bayi
- Berikan mereka rehat dan tidur secukupnya
- Sentiasa memberi kata-kata semangat
- Elakkan mengkritik atau bercakap tentang hal negatif
- Minta bantuan doktor pakar sekiranya perlu
Ibu yang mengalami kemurungan postnatal haruslah dijaga dengan baik dari segi emosi, mental dan fizikal. Ianya bagi memastikan anak dapat kasih sayang ibu yang secukupnya sambil dapat membesar dengan sihat.
Ibu yang sihat dan gembira akan menjadi pemangkin kepada pembesaran anak yang baik.