5 Petua Atasi Batuk Kahak Bayi

Apa itu BATUK KAHAK ?

Dalam cuaca yang tidak menentu ini, kanak-kanak dan orang dewasa akan kehilangan air dalam badan sepanjang hari. Air akan ter “evaporate” dari kulit dan tinggalkan badan apabila kita bernafas, menangis, berpeluh, dan buang air kecil. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan berterusan. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas.

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak untuk pemeriksaan doktor. Batuk yang berterusan berserta kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

Risiko batuk kahak

Batuk berkahak adalah disebabkan batuk yang berterusan. Batuk yang sukar diubati dan berterusan lebih tiga bulan adalah antara petanda utama paru-paru mengalami radang akibat jangkitan virus.

Selain batuk berterusan, gejala lain mengeluarkan kahak sama ada berwarna jernih, putih, kuning dan hijau malah ada yang mengeluarkan darah. Faktor tertentu juga boleh menyebabkan anak ibu-ibu mengalami risiko untuk batuk kahak.

  1. Terdedah kepada udara tercemar seperti asap rokok, asap industri dan pencemaran alam.
  2. Alahan yang berpunca daripada habuk, debunga, wangian dan bulu haiwan.
  3. Faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk
  4. Tidak mengambil vaksin
  5. Virus yang menyebabkan demam atau selsema
  6. Bakteria

Tanda amaran batuk kahak

Mengikut laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung dan tekak. Selain itu, batuk atau selesema terjadi kesan daripada jangkitan kuman yang masuk ke saluran pernafasan. Apabila batuk beserta kahak yang banyak, kahak adalah pekat lendiran yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair.

  1. Berlarutan lebih daripada dua atau tiga hari
  2. Tidak aktif atau sukar bernafas
  3. Batuk dan selesema yang berserta demam
  4. Kahak atau hingus yang bertukar kepada warna hijau atau kuning
  5. Virus terjadi selepas berjangkit daripada individu lain
  6. Bernafas dengan laju (kurang oksigen) atau kelihatan tercungap-cungap
  7. Tidak mahu menyusu atau makan

Merawat batuk kahak pada bayi

Satu-satunya cara untuk merawat batuk kahak secara berkesan adalah dengan berjumpa doktor. Jika ingin mencuba alternatif lain selain mengambil ubat doktor untuk memulihkan batuk kahak, ibu-ibu boleh mencuba petua menghilangkan batuk bayi. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Rehatkan anak dengan secukupnya. Jika anak tidak sihat, elakkan membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah dan pasar malam kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa lebih lama.
  2. Sentiasa bersama anak. Berjalan-jalan sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Jika bertambah teruk pantau keadaan anak dan bawa berjumpa doktor.
  3. Bersihkan rumah, perkakas dan pakaian. Bersihkan habuk-habuk pada kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol.
  4. Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun. Riba anak dengan menghadap mukanya kea rah mangkuk wap dan tutup kepala anak dengan napkin nipis. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
  5. Petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak.

Petua Atasi Batuk Kahak Bayi

Cara-cara mengeluarkan kahak bayi:

 1)Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka.

2)Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu

3)Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut / sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi.

4)Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.

5)Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.

Mencegah batuk kahak pada bayi

Amat penting bagi ibu bapa mengetahui tanda amaran batuk kahak.

  1. Jika anak ibu-ibu sakit, pastikan mereka minum dengan banyak. Mula berikan anak-anak air kosong.
  2. Segera mendapat rawatan jika anak selsema dan batuk.
  3. Elakkan anak berada di persekitaran yang berhabuk dan asap.
  4. Pastikan persekitan bersih dan sesuai dengan anak.
  5. Pastikan pemakaian anak bersesuaian dengan persekitaran. Jika persekitaran sejuk pakaikan pakaian yang sedikit tebal pada anak-anak.
  6. Jauhkan anak daripada haiwan peliharaan yang berbulu. Alahan pada bulu haiwan juga merupakan faktor yang menyebabkan batuk kahak.
  7. Menggunakan produk youbaby cream yang mengandungi habatussauda, eo geranium, minyak kelapa, minyak bawang putih dan daun gelenggang yang boleh merawat batuk kahak serta boleh dijadikan “emergency kit”.

Kredit:https://siraplimau.com/petua-menghilangkan-batuk-bayi-kanak-kanak/

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami