Jauhkan Anak Dari Asap Rokok! 5 Kesan Buruk Asap Rokok Terhadap Bayi : Dangerous Cigarette Smoke Effects on Babies

kesan buruk asap rokok

Pendedahan kepada asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok, malah ianya juga memberi kesan yang lebih buruk kepada orang sekeliling, terutamanya bayi. Bayi adalah golongan yang sangat terdedah kepada risiko kesihatan akibat kesan buruk asap rokok kerana sistem pernafasan mereka yang masih belum matang.

Dalam artikel ini, pendedahan kepada asap rokok kepada bayi boleh memberi kesan yang bahaya kepada kesihatan bayi dan mengapa penting supaya menjauhkan bayi dari terdedah kepada asap rokok.

Kenapa Asap Rokok Berbahaya Kepada Bayi?

Asap rokok datang dari pembakaran rokok samada rokok moden atau rokok tradisional. Rokok mempunyai campuran pelbagai bahan kimia yang berbahaya serta boleh menjadi punca berlakunya kanser. Apabila perokok menghembuskan asap rokok ke udara, bahan-bahan kimia berbahaya ini akan tersebar dan dihirup oleh orang sekeliling.

Kerana bayi mempunyai sistem imuniti yang masih lemah, kesan menghirup asap rokok akan memudaratkan bayi dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Kesan Asap Rokok Terhadap Bayi

Bayi Berisiko Mengalami Kematian Mengejut (SIDS)

Antara kesan buruk asap rokok terbesar kepada bayi adalah Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS). Kajian menunjukkan bahawa bayi yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami SIDS tidak kira sama ada masih berada dalam kandungan ataupun setelah dilahirkan.

Asap rokok boleh mengganggu perkembangan sistem pernafasan bayi, menjadikan mereka lebih terdedah untuk mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa maut.

Bayi Mengalami Masalah Pernafasan

Antara kesan buruk asap rokok adalah ianya menyebabkan saluran pernafasan bayi mengalami keradangan. Menurut kajian, bayi yang terhidu asap rokok akan mudah jatuh sakit dan berisiko menghidap penyakit bronkitis dan pneumonia.

Tambahan lagi, bayi berisiko untuk mengalami penyakit asma yang kronik apabila didedahkan dengan asap rokok secara berterusan.

Tumbesaran Bayi Terbantut

Mengikut kajian Journal Od Developmental & Behavioural Pediatrics, jika bayi sudah terdedah dengan asap rokok, maka IQ bayi tersebut akan terjejas bahkan tumbesaran bayi juga mungkin terbantut.

Hal ini disebabkan oleh asap rokok yang menyebabkan saluran oksigen ke otak bayi tersangkut. Apabila otak bayi tidak mendapat oksigen yang cukup, ia boleh menyebabkan perkembangan bayi yang perlahan serta menyebabkan masalah pembelajaran.

Masalah Telinga dan Pendengaran

Apabila bayi terdedah kepada kesan buruk asap rokok, bayi akan mengalami jangkitan telinga bernanah. Bayi juga akan jadi kurang aktif & hilang selera makan.

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti jangkitan biasa, pendedahan asap rokok berterusan dapat menyebabkan bayi mengalami pelbagai jenis masalah lain yang lebih bahaya secara beransur-ansur. Kesan buruk asap rokok ini menyebabkan bayi sukar untuk mendengar sekaligus menyebabkan masalah bercakap dengan lancar.

Masalah Kesihatan Jangka Panjang

Paru-paru bayi perlu dilindung dari terdedah dengan asap rokok. Hal ini kerana hampir 99% bayi mengalami sesak nafas yang kronik akibat dari sikap ayah ataupun keluarga perokok yang tegar.

Bayi mungkin boleh mengalami masalah kesihatan jangka panjang sekiranya sering menghirup udara yang tercemar dengan asap rokok. Kesan buruk asap rokok dari persekitaran menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung apabila mereka membesar.

Bagaimana Cara Elak Anak dari Terdedah dengan Asap Rokok?

Pastikan Ahli Keluarga Tidak Merokok Sekeliling Bayi

kesan buruk asap rokok

Cara paling utama untuk mengelakkan bayi dari terdedah kepada asap rokok adalah dengan melarang ahli keluarga merokok dalam rumah atau ketika bayi berdekatan. Pastikan ahli keluarga terutamanya bapa tidak merokok dan sekiranya ada, jauhkan bayi dari berada dekat dengan orang yang merokok.

Selain itu, ibu bapa juga perlu peka dengan keadaan udara sekeliling bebas dari asap rokok apabila membawa bayi keluar seperti di hospital atau di tempat umum. 

Pilih Pengasuh Anak Yang Tidak Merokok

Sekiranya ibu bapa ada menghantar anak untuk dijaga atau diasuh, pastikan pengasuh bayi yang bertanggungjwab tidak merokok. Hal ini penting kerana pengasuh yang merokok mencemarkan kualiti udara dan boleh menyebabkan anak lebih banyak terdedah dengan asap rokok.

Jangan Bawa Anak Ke Tempat Yang Tiada Larangan Merokok

Pastikan tempat yang dilawati merupakan tempat larangan merokok. Hal ini dapat menjamin bahawa kawasan tersebut bebas dari asap rokok.

Antara contoh tempat larangan merokok adalah di taman, klinik, majlis dan restoran tertentu. Elakkan tempat yang kebiasaanya terdapat orang merokok seperti di kedai makan tepi jalan dan pasar malam.

Pembesaran bayi yang sihat adalah penting bagi memastikan tiada masalah kronik yang akan dihidapi oleh bayi. Oleh itu, ibu bapa perlu peka bagi menghindar bayi dari terdedah kepada asap rokok untuk mengelakkan kesan buruk asap rokok yang berbahaya kepada bayi. 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top