12 Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung: Best Food For Mom

makanan terbaik untuk ibu mengandung

Ibu-ibu pasti ingin tahu makanan yang terbaik bagi ibu mengandung bukan? Betul, pemakanan yang baik adalah sangat penting bagi menjaga kesihatan bayi dalam kandungan. Oleh itu, mari ketahui 12 makanan terbaik yang ibu boleh ambil semasa mengandung.

Makanan Terbaik untuk Ibu Mengandung

Semasa mengandung, ibu perlu banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, makanan berprotein dan produk tenusu yang kurang kandungan lemak.

Makanan dan minuman yang tinggi gula, lemak tepu, dan sodium perlulah dielakkan. Untuk diet pemakanan yang terbaik, pastikan setiap hidangan makanan ada sayur ataupun buah-buahan.

Telur

Telur adalah sumber protein terbaik yang penting bagi ibu mengandung. Asid amino dalam telur membantu membina sel-sel dalam badan anak dan ibu.

Kolin yang terkandung dalam dalam kuning telur dapat membantu untuk mengembangkan otak dan saraf tunjang bayi dalam rahim. ianya dapat mengelakkan kecacatan pada anak semasa lahir.

Ikan Salmon

makanan terbaik untuk ibu mengandung

Ikan salmon mengandungi asid lemak Omega-3 yang penting untuk perkembangan otak bayi, selain ianya boleh menambah baik mood ibu. Vitamin D dan protein yang ada dalam ikan salmon juga membantu untuk mendorong perkembangan tulang dan gigi anak yang sihat.

Salmon merupakan antara makanan rendah merkuri yang bagus untuk ibu mengandung. Ibu jua digalakkan untuk mengambil 226 gram sehingga 340 gram.

Kacang

Kacang seperti kacang pea dan kacang tanah merupakan sumber protein yang bagus untuk ibu mengandung. Ia juga merupakan sumber zat besi, folat, kalium, dan magnesium yang baik untuk ibu mengandung. 

Khasiat yang ada dalam kekacang seperti serat dapat membantu mengurangkan masalah sembelit dan buasir yang sering berlaku kepada ibu-ibu sewaktu hamil.

Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi  karotenoid, satu pigmen tumbuhan yang dapat bertukar ke vitamin A dalam badan. Vitamin A ini penting untuk perkembangan kulit, mata dan paru-paru bayi yang sihat dan normal.

Tambahan lagi, ubi keledek kaya dengan kalium, serat, vitamin C, mangan dan vitamin B6 yang boleh mengurangkan rasa loya ibu semasa hamil.

Bijirin Penuh

Bijirin penuh kaya dengan serat dan nutrien, termasuk vitamin B, zat besi, asid folik, magnesium, vitamin E antioksidan, dan selenium. Ia juga mengandungi fitonutrien, sebatian tumbuhan yang melindungi sel badan. Ibu boleh masukkan berbagai jenis bijirin penuh dalam diet seperti barli dan oats.

Kacang Walnut

makanan terbaik untuk ibu mengandung

Kacang walnut ialah antara sumber berasaskan tumbuhan terbaik yang mengandungi Omega-3. Ia juga kaya magnesium, serat, dan protein yang diperlukan ibu mengandung. Ibu boleh makan  kacang walnut  begitu sahaja ataupun masukkan dalam hidangan makanan. 

Greek Yogurt

Kelebihan Greek Yogurt adalah ianya mengandungi dua kali ganda protein   berbanding yogurt biasa. Selain itu, ia adalah sumber yang baik untuk probiotik, vitamin B, fosforus, dan kalsium. Kalsium membantu untuk menguatkan tulang ibu dan membantu membina rangka tulang anak secara sihat. Yogurt boleh ditambah dalam sebagai ramuan selain dapat ditambah dalam menu makanan lain. Ibu juga boleh minum susu untuk dapatkan lebih banyak sumber kalsium.

Brokoli dan Sayuran Berdaun Gelap

Brokoli dan sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam adalah makanan yang bagus untuk ibu mengandung yang kaya dengan nutrien. Antara nutrien yang ada dalam sayuran ini termasuk vitamin A, C, dan K, serta kalsium, zat besi, dan folat. Ia juga membantu masalah sembelit kerana mengandungi antioksidan dan serat. ibu boleh masukkan sayuran ini dalam banyak jenis hidangan seperti sup, bubur dan makanan goreng.

Ayam dan Daging

Daging adalah sumber protein yang sangat berkualiti selain vitamin B, zat besi, dan zink. Zat besi berfungsi untuk membantu penyerapan oksigen ke sel-sel dalam badan dan ianya sangat penting bagi ibu mengandung. Untuk pilihan yang lebih sihat, ibu boleh ambil bahagian daging yang kurang lemak. 

Tetapi ibu sebaiknya mengelak dari makan sosej atau daging yang telah diproses, kecuali kalau ia dipanaskan hingga betul-betul masak. Ini kerana risiko jangkitan dari bakteria dan parasit seperti listeria, toxoplasma, atau salmonella dapat membahayakan anak dalam kandungan.

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Berwarna

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau, merah, oren, kuning, dan ungu adalah makanan yang bagus untuk ibu mengandung. Ia kerana ada banyak nutrien yang bagus untuk ibu dan anak dalam kandungan. Setiap warna sayur dan buah yang berbeza mengandungi vitamin serta mineral yang berlainan.

Antaranya ialah lada benggala yang penuh dengan vitamin C dan dapat membantu penyerapan zat besi dalam badan, manakala buah beri pula dapat memberi antioksidan yang bagus. Ibu boleh mencampurkan macam-macam jenis buah dan sayur dalam menu dengan membuat hidangan salad.

Buah Avokado

Avokado kaya dengan asid lemak tak tepu yang membantu merangsang pertumbuhan kulit dan perkembangan otak bayi. Avokado juga mengandungi vitamin K, antioksidan, dan folat yang dapat menghindarkan kecacatan bayi semasa lahir.

Buah avokado mempunyai kalium yang melegakan kekejangna kaki dan serat dapat mengurangkan masalah sembelit ibu. Ibu yang selalu rasa loya semasa mengandung juga boleh makan buah avokado untuk meredakannya kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi.

Buah Kering

Ibu boleh pilih buah kering yang kurang manis atau tiada gula tambahan sebagai alternatif kepada buah-buahan yang segar.

Bergantung pada buah kering yang dipilih, ibu boleh memvariasikan diet dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti zat besi, serta antioksidan dan serat. Sebagai contoh, buah prun adalah baik untuk masalah sembelit yang sering dihadapi ibu mengandung.

Tips untuk Diet Seimbang Semasa Mengandung

  • Ibu yang sedang hamil memerlukan lebih banyak protein, lemak sihat, vitamin dan mineral  seperti asid folik, zat besi, dan kalsium. .
  • Kurangkan makanan yang diproses, makanan yang dibungkus, dan pencuci mulut yang manis.
  • Kalau rasa mual, tak sedap perut, pedih ulu hati, atau rasa senak semasa makan, ibu boleh cuba makan sedikit-sedikit tapi secara berkala sepanjang hari.

Kredit: Baby Center

Baca juga:

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top