6 Jenis Ruam Di Pipi Bayi Dan Rawatannya, Ibu Jangan Leka! – Essential Types of Baby Rash

jenis ruam di pipi bayi

Ibu-ibu pastinya risau apabila anak tiba-tiba ada ruam muncul di muka dan pipinya. Ruam di pipi bayi ialah benda yang biasa terjadi pada bayi disebabkan pelbagai faktor. Ruam pada pipi bayi biasanya tak merbahaya, tapi ibu perlu peka apabila bayi ada jangkitan lain.

Mari terus baca untuk mengetahui jenis ruam di pipi bayi dan apa puncanya, rawatan yang berkesan, dan bila perlu berjumpa doktor.

Ekzema Bayi

Ekzema bayi ialah keadaan di mana  kulit bayi menjadi kasar, radang, gatal, ataupun rengsa. Keadaan ini biasa terjadi pada anak yang masih kecil iaitu sekitar umur 6 bulan hingga 5 tahun. Ruam di pipi bayi biasanya akan sembuh apabila anak semakin besar.

Menurut National Eczema Association di Amerika Syarikat, jika bayi kurang 6 bulan terkena eczema, ia biasanya akan muncul di pipi, dagu, dahi, atau kulit kepala. Ruam yang muncul akan kelihatan kering, merah, dan gatal.

Rawatan

Untuk mengenal pasti punca ekzema, ibu perlu perhatikan punca dan gejala yang dialami bayi. Ia penting bagi mengenal pasti punca ekzema dan unutk mengambil langkah bagi mengelakkan ekzema berulang pada bayi. Habuk dan detergen adalah antara bahan yang boleh menyebabkan ezekma pada bayi.  .

Pelembap yang terdapat di farmasi dan krim yang dideskripsi doktor seperti krim steroid dapat dapat merawat ekzema serta ruam di pipi bayi dengan berkesan.

Kerak Kepala (Cradle Cap)

Kerak kepala atau seborrheic dermatitis boleh menyebabkan ruam muncul di kawasan kulit kepala yang juga ada banyak kelenjar minyak. Pada bayi, ruam ini biasanya muncul di kulit kepala tetapi juga boleh muncul di pipi, terutama di sekitar mata dan hidung.

Ruam ini mungkin mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kemerahan dan keradangan
  • Penampilan berminyak atau berlemak
  • Tompok bersisik putih atau kuning

Rawatan

Kerak kepala biasanya tidak berbahaya dan biasanya hilang sendiri apabila bayi berumur diantara 6 sampai 12 bulan. Jadi, rawatan adalah tak diperlukan tapi ibu boleh menyikat kepala bayi dengan berus lumbut atau sikat bayi. Jika ia berlarutan atau semakin teruk, ibu boleh dapatkan nasihat doktor dan ber ubat krim yang dideskripsi seperti krim antikulat dan syampu perubatan.

Milia Bayi

Milia ialah bintik putih kecil pada kulit yang jadi disebabkan liang tersumbat dan ruam biasanya akan mula muncul di muka dan pipi bayi, lagi-lagi bahagian mata dan hidung. Bintik-bintik ini akan nampak banyak di muka dan muncul di dua-dua belah pipi.

Milia selalu berlaku pada bayi yang lahir cukup bulan dan kebiasaannya tak berbahaya.

Rawatan

Milia akan hilang sendiri lebih kurang sebulan selepas liang pori pada muka bayi mula terbuka jadi tiada rawatan yang diperlukan. Ibu tak digalakkan guna krim atau losyen pada kulit bayi sebab ia boleh menyumbat liang pori dan menjadikan ruam di pipi bayi akan jadi lebih teruk.

Jerawat Bayi

Jerawat bayi atau dipanggil neonatal menyebabkan bintik-bintik merah kecil pada pipi bayi terutamanya pada anak yang berumur 2 hingga 6 minggu. Kadan-kadang ada juga bayi yang sudah lahir dengan jerawat di muka.

Jerawat bayi yang lebih besar (infantil) mula muncul pada masa bayi berumur 3 hingga 6 bulan. Tapi keadaan ni jarang terjadi. Ruam di pipi bayi serta hidung adalah tempat yang biasa ia muncul apabila bayi menghidapi masalah ini. Tapi ia boleh juga muncul di bahagian muka dan badan lain.

Rawatan

Secara umumnya, ibu tak perlu risau jika jerawat bayi adalah penyakit serius. Ini sebabruam di pipi bayi ini akan hilang dalam beberapa minggu atau bulan sahaja.

Ibu perlu perlu:

  • Mencuci pipi dan kulit bayi dengan dengan gunakan air suam
  • Jangan gosok bahagian yang terkena ruam
  • Jangan guna produk penjagaan kulit  yang berminyak
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum guna krim jerawat atau pembersih muka.

Jerawat yang muncul  apabila bayi berumur 6 minggu ke atas memerlukan penilaian daripada pakar pediatrik atau dermatologi pediatrik.

Sindrom Pipi Merah

jenis ruam di pipi bayi

Sindrom pipi merah adalah satu jangkitan virus yang menyebabkan ruam di pipi bayi. Untuk jenis ruam ni, ia biasa terjadi pada anak-anak yang sudah bersekolah. Nama lain bagi sindrom ini termasuk fifth disease dan erythema infectiosum. Ia disebabkan oleh jangkitan parvovirus B19.

Tanda-tanda utama ialah ruam merah yang terang pada sebelah bahagian pipi atau kedua-duanya. Kmeunculan ruam ini tak menyebabkan rasa sakit pada bayi.Ruam pada pipi bayi biasanya hilang dalam beberapa hari, tapi bahagian lain seperti di dada, lengan, dan kaki mungkin boleh terkena ruam juga. Ruam ini akan kekal selama 7–10 hari tapi ia boleh muncul dan pergi.

Ruam ni kelihatan macam tompok berwarna pucat dan kadang-kadang boleh sebabkan gatal, tapi ia tidak menyakitkan. Sindrom pipi merah juga boleh menyebabkan tanda-tanda berikut:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Sakit tekak

Jangkitan ini boleh tersebar pada mulanya, tapi ia takkan menular selepas ruam mula muncul di badan bayi. 

Rawatan

Simptom dan gejala sindrom pipi merah dalah ringan dan boleh hilang tanpa rawatan. Tapi ibu juga guna ubat farmasi yang disarankan doktor untuk melegakan ruam di pipi bayi serta badannya sehinggalah sembuh.

Demam Campak

Demam campak boleh menyebabkan ruam yang berbintik di pipi, muka, kepala atau leher bayi dan merebak ke seluruh badan.

Ruam biasanya muncul 3 hingga 5 hari selepas simptom pertama muncul Simptom awal termasuk:

  • Demam panas
  • Batuk dan hidung berair
  • Mata merah dan berair

Ruam disebabkan demam campak akan mula muncul sebagai tompok merah di muka di bahagian bulu roma pada muka. Ruam kemudian merebak ke leher, dada, dan seluruh badan.

Tompok merah ini juga mungkin mempunyai bintik kecil yang timbul di atasnya. Bila ia merebak ke seluruh badan, tompok-tompok ini mungkin akan bergabung.

Rawatan

Ibu disarankan menghubungi doktor apabila anak terkena demam campak.

Campak kebiasaannya akan sembuh selepas seminggu, tapi anak tak boleh berada di sekolah atau tempat awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Anak perlu minum banyak air untuk cepat sembuh.

Bila Perlu Hubungi Doktor?

Ruam di pipi bayi dan badan biasanya tak berbahaya dan boleh sembuh sendiri. Namun, sebaiknya hubungi doktor kalau ibu rasa musykil atau bimbang dengan keadaan anak.

Dapatkan bantuan perubatan segera jika bayi mengalami ruam pada masa sama simptom-simptom ini:

  • Sensitif terhadap cahaya
  • Banyak tidur atau selalu dalam kesakitan
  • Suhu badan tinggi
  • Susah bernafas atau bernafas dengan cepat
  • Ruam nampak macam lebam atau ada pendarahan bawah kulit
  • Bibir atau lidah berwarna biru, kelabu, pucat, atau berbintik

Kredit: Medical News Today

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top