Ibu-ibu pastinya tercari-cari aktiviti anak 2 tahun yang seronok sebab mengasuh anak terutama yang berumur 2 tahun boleh menjadi sesuatu yang agak mencabar. Jadi, kami telah senaraikan aktiviti-aktiviti anak 2 tahun yang seronok dan menarik untuk membantu si manja bermain sampai belajar.
Ada banyak aktiviti menarik darilah yang dapat mengasah kemahiran motor halus, ke aktiviti yang menggalakkan pergerakan badan anak. Bagusnya aktiviti ini adalah ia dapat dibut di rumah sahaja dan menggunakan barang yang ada di rumah sahaja. Mari terus membaca tahu tentang 10 aktiviti anak 2 tahun yang menarik!
Aktiviti Anak 2 Tahun Untuk Pembelajaran
In this Article
Asingkan Warna
Apa yang diperlukan: Kertas berwarna, krayon, pen marker atau warna air
Cara melakukannya: Gunting kertas berwarna untuk hasilkan bermacam-macam bentuk. Sambil menggunting, ibu boleh bercerita tentang warna yang berbeza semasa menyusunnya mengikut warna. Ibu juga boleh ajar anak melukis di sekeliling kertas menggunakan krayon, pen marker atau warna air.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini baik untuk membantu anak mengenali warna dan meningkatkan kemahiran motor halus. Anak juga belajar tentang bentuk semasa bermain.
Dengar Lagu Kiraan Nombor
Ibu boleh membuka lagu-lagu mengira nombor untuk anak bagi mengajar anak untuk kenal nombor. Pada mulanya, ibu boleh menggunakan lagu yang mudah sahaja supaya anak dapat mengingat.
Contohnya ibu boleh dengarkan lagu mengira dari 1 hingga 10 pada anak. Jika anak minat tengok video kartun, boleh beri tengok video kartun menyanyi sambil mengira. Ini adalah aktiviti anak 2 tahun yang dapat membantu anak menghafal nombor dengan baik. Ibu boleh cari video ini di internet atau di laman web penstriman video.
Padankan Huruf
Apa yang diperlukan: Kertas berwarna, gunting, krayon, pen marker atau warna air.
Apa yang perlu buat: Lukis huruf pada kertas berwarna dan guntingkan huruf tu. Kemudian, ajar anak tentang huruf sambil menunjukkan huruf yang dipegang. Anak juga boleh diajar untuk melukis garisan pada huruf menggunakan krayon, marker atau warna air.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini membantu dalam mengenali huruf dan meningkatkan kemahiran motor halus. Pembelajaran huruf pada peringkat awal juga membantu dalam bacaan dan penulisan kelak.
Susun Set Mainan Kereta Api
Apa yang diperlukan: Set mainan kereta api.
Apa yang perlu buat: Biarkan anak susun set kereta api mainan. Anak boleh sambung litar trek, letakkan kereta api di atas litar, dan tekan butang untuk menggerakkannya.
Apa yang dipelajari: Aktiviti anak 2 tahun ini dapat mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran motor halus, dan koordinasi tangan-mata anak.
Melukis Guna Warna Air
Apa yang diperlukan: Warna air, berus cat, air, dan kertas.
Apa yang perlu buat: Biarkan anak untuk menjadi kreatif dengan beri anak campurkan warna air, melukis dengan berus, dan tambah air untuk menghasilkan jenis lukisan yang berbeza.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini membantu mengasah kreativiti dan seni sambil belajar campuran dan penghasilan warna berbeza.
Bercakap dengan Anak
Apa yang diperlukan: Tiada
Apa yang perlu buat: Ibu boleh bercakap dan bercerita dengan anak tentang macam-macam benda. Contohnya, “Ibu tengah bancuh air” atau “Ibu tengah basuh tangan.” Selain itu, ibu juga boleh bertanya pada anak dan bbiar anak cuba menjawab.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini bagus meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi.
Kami harap ibu-ibu diluar sana seronok mencuba aktiviti ini bersama anak anda dan semoga ia menjadikan hari-hari anda lebih ceria!
Baca Juga: 11 Aktiviti Untuk Menggembirakan Anak 6 – 12 Bulan
Aktiviti Anak 2 Tahun Untuk Perkembangan
Tekap dan Lukis Badan
Apa yang diperlukan: Kertas, pensel, krayon atau pen marker
Apa yang perlu buat: Bantu tekap dan lukis badan anak di suatu kertas.Kemudian,anak boleh melukis atau menghias mengikut kreativiti mereka! Aktiviti ini adalah cara terbaik untuk membina kreativiti dan ekspresi anak.
Apa yang dipelajari: Seni dan kreativiti anak dapat dipupuk melalui aktiviti anak 2 tahun ini. Anak- anak dapat belajar tentang badan dan cara cara gunakan alatan seni.
Belajar Memakai Baju
Apa yang diperlukan: Pakaian, kasut, dan cermin
Apa yang perlu buat: Ibu boleh tunjuk cara untuk pakai baju dan seluar yang betul pada anak. Kemudian, anak boleh cuba pakai baju sendiri. Bila anak dah pandai pakai apa yang ditunjuk barulah tambah pakaian lain macam stokin dan kasut. Aktiviti ini sangat baik dibuat semasa bercuti
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini bagus untuk mengasah kemahiran motor halus dan ajar anak berdikari. Anak juga boleh belajar mengenai pelbagai jenis pakaian dan cara memakainya.
Simpan Mainan Dalam Bakul
Apa yang diperlukan: Kotak mainan atau bakul, dan mainan
Apa yang perlu buat: Tunjukkan anak cara menyimpan mainan ke dalam kotak atau bakul. Apabila anak semakin cekap, ibu boleh tambah mainan lainan atau jadikan ianya permainan bersama anak dengan kira berapa lama anak dapat simpan mainan.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini membantu mengajar anak tentang pengurusan dan tanggungjawab. Ia juga boleh memupuk kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, anak juga dapat belajar cara mengemas.
Tepuk Ikut Rentak
Apa yang diperlukan: Muzik atau tepuk tangan sendiri
Apa yang perlu buat: Bantu anak untuk tepuk tangan ikut rentak muzik. Bila anak semakin cekap, ibu boleh ajar anak untuk gerakkan kaki atau kepala ikut rentak.
Apa yang dipelajari: Aktiviti anak 2 tahun ini bagus untuk memupuk kemahiran muzik anak. Anak juga dapat belajar mengenali arahan.
Baca Buku Bergambar
Apa yang diperlukan: Buku bergambar untuk kanak-kanak
Apa yang perlu buat: Aktiviti anak 2 tahun ini bagus untuk memupuk kemahiranmembaca anak. Ibu boleh baca buku bergmabar pada anak. Bila anak sudah boleh faham cerita, cuba tanya tentang jalan cerita atau minta naak tunjukkan benda yang berbeza dalam buku.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini baik untuk meningkatkan kemahiran literasi. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada pembacaan akan menyebabkan anak menjadi lebih bagus dalam membaca di masa depan. Kanak-kanak juga dapat belajar tentang cara berbual.
Tiru Bunyi Haiwan
Apa yang diperlukan: Video atau rakaman bunyi haiwan, atau boleh buat bunyi sendiri
Apa yang perlu buat: Aktiviti ini bagus untuk memupuk kemahiran mendengar. Dengarkan bermacam bunyi-bunyi haiwan pada anak menggunakan rakaman bunyi atau ibu boleh buatnya sendiri. Apabila anak semakin pandai, ibu boleh bertanya anak tentang haiwan. Contohnya apa makanan kucing, di mana lembu berada dan sebagainya.
Apa yang dipelajari: Aktiviti ini bagus bagi mengasah kemahiran mendengar anak. Anak juga belajar tentang haiwan, bunyi dan juga perkara tentang haiwan itu.
Diharapkan dengan 12 aktiviti anak 2 tahun yang disenaraikan ini, ia dapat meluangkan masa untuk membuat anak terhibur dan apda masa sama dapat menggalakkan perkembangan anak.
Kredit: Splash Learn
Baca Juga: 11 Aktiviti Seronok Untuk Anak 18 – 24 Bulan