Apa itu Cradle Cap: 4 Signs, Cause and Ways to Solve – Healthy Awareness

cradle cap

APA ITU CRADLE CAP?

Cradle cap ialah keadaan kulit yang biasa terjadi pada bayi dan menyebabkan tompok kasar pada kulit kepala mereka. Bayi terkenal dengan kulit yang lembut dan licin, tetapi ianya adalah perkara biasa yang terjadi pada bayi baru lahir.

Apabila anda melihat tompokan yang kasar di kepala bayi, anda mungkin berasa risau dan menganggap ia adalah sesuatu yang serius. Kebiasaanya ia adalah perkara biasa dan tidak berbahaya. Ia adalah bentuk kelemumur bagi bayi.

Nama cradle cap diperoleh kerana tempat yang paling biasa untuk tompok bersisik muncul adalah di kepala, di mana bayi akan memakai topi. Ia boleh dihilangkan dengan beberapa langkah yang mudah.

TANDA-TANDA CRADLE CAP

Kebiasaannya tanda- tanda akan muncul antara usia bayi 2 hingga 6 minggu. Antara tanda-tandanya ialah:

  • Kulit kepala berminyak dan bertompok-tompok. Kulit pada kulit kepala bayi anda mungkin kelihatan berminyak. Mereka mungkin mempunyai tompokan sisik putih atau kuning pada kulit kepala mereka. Lama kelamaan, sisik mungkin mengelupas.
  • Perubahan warna kulit kepala. Kadangkala, kulit kepala bayi anda mungkin kelihatan berbeza warna, bukannya bersisik atau menggelupas. Cradle cap tidak menyebabkan gatal pada bayi anda, walaupun ia kelihatan seperti gatal.
  • Keguguran rambut. Ia jarang berlaku, tetapi bayi mungkin kehilangan rambut apabila mereka mempunyai cradle cap. Rambut akan tumbuh semula selepas cradle cap hilang.
  • Cradle cap pada bahagian badan yang lain. Selain dari kepala, ia juga boleh muncul di muka, belakang telinga, kawasan lampin dan ketiak.

PUNCA CRADLE CAP

Masih tidak jelas lagi apa punca berlakunya tetapi ia bukan berpunca disebabkan alergik, jangkitan kuman ataupun kebersihan yang tidak bagus. Ia mungkin berpunca daripada kelenjar sebum yang terlalu aktif, jangkitan kulat, atau kedua-duanya. Kelenjar sebum berada di dalam kulit dan menghasilkan bahan seperti minyak, yang dikenali sebagai sebum.

Kelenjar sebum yang terlalu aktif boleh menghasilkan terlalu banyak sebum, dan ini boleh menghalang sel-sel kulit lama daripada mengering dan jatuh dari kulit kepala. Sebaliknya, mereka melekat pada kulit kepala.

CARA BERKESAN HILANGKAN CRADLE CAP

  • Gunakan syampu bayi untuk cuci kulit kepala bayi. Menjaga kebersihan kulit kepala adalah sangat penting, kerana ia akan membersihkan minyak berlebihan dan membantu menghilangkan cradle cap. Gunakan syampu bayi yang lembut dan tidak memedihkan mata dan gosokkan perlahan pada kawasan kulit kepala yang terkena. Doktor mungkin akan memberitahu anda untuk mencuci rambut bayi anda lebih kerap berbanding rutin yang biasa dilakukan. Anda mungkin perlu cuci setiap hari dan bukannya setiap beberapa hari. Jika syampu bayi yang lembut tidak berfungsi, rujuk pada doktor anda mengenai produk perubatan. Jangan gunakan syampu yang menggunakan bahan-bahan khas untuk kelemumur melainkan doktor anda membenarkan untuk menggunakannya. Tidak semua produk selamat untuk bayi baru lahir.
  • Gunakan sikat. Selepas anda membersihkan rambut dan kulit kepala bayi, anda boleh menyikat rambut anak anda dengan lembut menggunakan sikat bayi yang lembut. Sisik kulit kepala akan jatuh dari semasa ke semasa.
  • Gunakan minyak. Tanyakan doktor jika anda perlu sapu minyak bayi, minyak zaitun, minyak kelapa dara ataupun apa-apa minyak yang organik pada kulit kepala bayi setelah anda menggunakan syampu dan sikat bayi yang lembut. Sesetengah ibu berjaya apabila menggunakan cara ini.
  • Gunakan krim. Sesetengah doktor menentukan untuk menggunakan hydrocortisone cream untuk cradle cap, tetapi hanya untuk kulit kepala yang meradang. Ini kebiasaanya tidak perlu. Jangan gunakan krim steroid melainkan dengan arahan doktor.

BILAKAH ANDA HARUS BERJUMPA DOKTOR?

Walaupun cradle cap jarang serius, ia harus dipantau sekiranya ia menjadi lebih teruk. Sekiranya tanda-tanda berikut berlaku, dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor:

  • Kawasan yang terlibat mula menjadi merah
  • Tompok di kulit kepala mula kelihatan gatal
  • Kawasan yang terkena cradle cap mula merebak ke muka atau mula muncul di badan
  • Ruam lampin terjadi
  • Bayi mengalami jangkitan kulat pada telinga
  • Tanda-tanda seriawan muncul

Sekiranya terdapat jangkitan kulat, ia boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan bakteria. Dalam kes yang lebih teruk, bakteria boleh merebak ke kawasan lain sehingga boleh menyebabkan luka atau berdarah. Ia juga penting untuk memaklumkan pada doktor sekiranya bayi menghadapi masalah lain seperti cirit birit kerana ini boleh dikaitkan dengan cradle cap.

Khas untuk ibu-ibu yang ingin mencari jalan penyelesaian bagi masalah anak mempunyai cradle cap, kami di Youbaby mempunyai produk yang memang sesuai untuk anak anda. Youbaby Shower Gel boleh membantu menghilangkan masalah cradle cap. Kini, ibu tidak perlu bimbang lagi dengan kesihatan bayi anda.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top