Kulit bayi sangat sensitif terutama terutama di bahagian punggung. Persekitaran lampun yang lembap dan tiada pengudaraan boleh menyebabkan ruam lampin terjadi. Biasanya ia menunjukkan tanda bintik-bintik merah.
Pemakaian lampin bayi biasanya untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, penting untuk menjaga kawasan punggung bayi untuk mengelakkan ruam berlaku.
Cara nak elak bayi mengalami ruam lampin?
-
Kerap menukar lampin bayi supaya kulit punggung bayi sentiasa kering
-
Pemilihan saiz lampin bayi juga penting bagi mengelakkan daripada masalah ruam. Pastikan tidak ketat dan mempunyai penyerapan yang cukup.
Cara merawat bayi mengalami ruam lampin.
-
Pastikan segera menukar lampin bayi bagi mengelakkan ruam di bahagian kulit bayi.
-
Lap kulit bayi dengan perlahan-lahan.
-
Pastikan kulit bayi kering terlebih dahulu sebelum memakai lampin bayi
-
Pilih lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi dan diperbuat daripada bahan lembut.