Punca Bayi Hilang Selera Makan: Signs And 14 Causes For Baby Loss of Appetite.

bayi hilang selera makan

Hilang selera makan sering terjadi pada bayi dan selalunya dikaitkan dengan keadaan bayi yang kurang sihat. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja punca bayi hilang selera makan. Selera makan bayi boleh berubah dari hari ke hari, bulan ke bulan dan bergantung kepada perkembangan tumbesaran mereka.

Bayi hanya makan ketika mereka lapar tetapi bagi ibu bapa, keadaan ini boleh menyebabkan timbulnya kerisauan. Ibu bapa berfikir anak mereka tidak makan dengan cukup, dimana bayi kelihatan hilang selera makan. Di artikel ini, kami akan kongsikan tanda-tanda dan punca bayi hilang selera makan.

Tanda Bayi Hilang Selera Makan

Hilang selera makan boleh terjadi disebabkan pelbagai punca. Jika berlaku disebabkan keadaan bayi yang tidak sihat, perubahan tingkah laku ialah tanda yang pertama. Bayi yang mengalami hilang selera makan akan menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Kerap merengek
  • Muntah dengan kerap
  • Batuk
  • Air liur meleleh
  • Mengelak untuk makan makanan kegemaran

Hilang selera makan boleh menjadi kerisauan bila ibu bapa tidak mengetahui punca berlakunya masalah tersebut. Maka, adalah sangat penting untuk mengetahui punca bayi mengalami masalah hilang selera makan.

Apakah Punca Bayi Hilang Selera Makan?

Masalah hilangnya selera makan yang sementara bagi bayi yang sedang membesar, sihat dan ceria adalah normal. Secara umumnya, kehilangan selera makan pada bayi boleh terjadi disebabkan proses pembesaran bayi dan tidak semestinya disebabkan masalah kesihatan atau semata-mata perubahan mood. Beberapa perubahan pembesaran yang boleh menyebabkan hilangnya selera makan termasuklah:

Tumbesaran dan Perkembangan Bayi

Kadar tumbesaran dan perkembangan bayi akan tinggi sehingga enam bulan, mula perlahan dari umur enam hingga 12 bulan dan semakin perlahan di antara umur 12 bulan hingga 18 bulan. Jadi, adalah normal untuk bayi yang berusia 16 bulan kurang makan berbanding kuantiti makanan yang diambil pada usia 12 bulan. Penurunan dalam pengambilan makanan juga boleh terjadi disebabkan bayi tidak memerlukan kalori yang banyak.

Bayi Tumbuh Gigi

Hilangnya selera makan yang sementara adalah normal bagi bayi yang baru tumbuh gigi, dan kebiasaannya masalah ini dapat diatasi dalam masa dua minggu. Bayi anda akan kurang makan disebabkan rasa sakit pada gusi yang mahu tumbuh gigi. Ketidakselesaan bayi bertambah apabila bayi makan makanan atau menyusu botol.

Tumbuh gigi boleh menyebabkan gusi sakit, membawa kepada gigi yang sangat sensitif. Walaupun tersentuh sikit boleh menyebabkan sakit. Jika bayi tidak mahu makan kerana sakit gigi tumbuh, ini mungkin akan mempengaruhi kesihatan bayi. Pastikan bayi minum cecair yang banyak dan cuba beri makanan yang mudah dikunyah seperti yugort, makanan solid yang lembut dan sebagainya untuk membantu anak anda makan.

Sakit tekak

Sakit tekak disebabkan jangkitan bakteria boleh juga menjadi punca bayi hilang selera makan. Tekak yang sakit boleh menyebabkan kesukaran untuk menelan makanan. Jika bayi juga demam dan kelenjar bengkak, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk menghilangkan jangkitan dan kembalikan semula selera anak.

Panas

Cuaca yang panas akan menyebabkan bayi cepat berpeluh dan tidak selesa. Ibu bapa boleh mengikuti cara berikut untuk mengatasi masalah semasa yang panas:

  • Pakaikan bayi dengan baju yang menggunakan kain tidak panas.
  • Apabila anak merasa panas, cepat-cepat sejukkan badan anak dengan kain basah.
  • Pastikan kawasan dalam keadaan berangin
  • Pastikan anak tidak terlalu dahaga dan sentiasa beri air untuk menyejukkan badan anak anda

Jenis makanan

Sesetengah makanan mengambil masa yang lama untuk hadam. Oleh itu, perut bayi akan penuh dan membuatkan bayi tidak mahu makan. Bijirin penuh, yang kaya dengan serat, adalah contoh makanan yang membuatkan bayi cepat kenyang.

Terus memperkenalkan makanan pepejal

Sehingga 6 bulan, bayi hanya menyusu saja. Bila ibu memperkenalkan makanan pepejal, badan mereka akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Proses penghadaman akan mengambil masa yang lama dan bayi mungkin akan kurang makan. Untuk mengelakkan hal tersebut terjadi, ibu bapa boleh memperkenalkan makanan baru dengan kuantiti yang kecil supaya selera makan anak anda tidak terganggu.

Jangkitan Cacing

Bayi hilang selera makan

Punca lain yang sering terjadi ialah jangkitan cacing. Bayi dan kanak-kanak yang berusia 12 bulan hingga 36 bulan menghadapi risiko yang besar untuk serangan parasit usus dan cacing. Jangkitan cacing boleh mengakibatkan muntah, cirit-birit dan hilang selera makan. Penting bagi ibu bapa untuk rujuk pada pakar perubatan sekiranya anak anda menghidapi jangkitan cacing.

Kesihatan yang tidak baik

Jika bayi anda mengalami kesihatan yang tidak baik, mereka akan enggan untuk makan. Jika bayi demam, batuk, selsema atau sakit perut, selera makan bayi akan hilang. Selera makan akan kembali setelah sembuh dari sakit.

Bakteria dan jangkitan virus juga boleh menyebabkan bayi hilang selera makan. Keadaan seperti jangkitan telinga, bronchitis dan selsema akan menyebabkan degupan jantung laju dan sakit, membuatkan bayi sukar untuk makan. Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya masalah tersebut berlaku. Pastikan juga bayi dicucuk dengan vaksin untuk mengelakkan jangkitan tersebut terjadi.

Terlebih minum

Terlebih pengambilan cecair seperti jus dan air boleh menjadi sebab lain bayi hilang selera makan. Apabila perut bayi yang kecil dipenuhi dengan susu formula dan susu ibu, mereka tidak memerlukan air lain.

Air yang berlebihan juga boleh menghalang bayi daripada menyerap nutrisi dalam susu ibu dan susu formula. Ini boleh membuatkan bayi sentiasa berasa kenyang dan boleh mengurangkan selera mereka.

Intoleransi Makanan

Intoleransi makanan ialah reaksi negatif yang ditunjukkan oleh anak setelah mengambil makanan tertentu dan tidak dapat diterima oleh tubuhnya. Intoleransi pada sesetengah  makanan  seperti telur, susu, soya dan kacang, boleh menyebabkan simptom seperti gatal-gatal, kembung perut, cirit-birit dan kurang selera makan. Ibu bapa seharusnya mengenal pasti makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi dan elakkan makanan tersebut.

Vaksinasi

Vaksinasi boleh mengakibatkan suhu badan bayi meningkat. Suhu badan, diikuti dengan sakit akibat cucuk, boleh membuatkan bayi kurang berasa lapar.

Sembelit

Jika bayi mengalami sembelit, mereka mungkin tidak berasa lapar. Berikan bayi makanan yang kaya dengan serat untuk membantu pergerakan usus bayi.

Anemia

Jika bayi mempunyai zat besi yang rendah atau anemia, mereka akan mengalami hilang selera makan. Secara amnya, bayi yang mengalami anaemia akan berasa lemah dan penat sepanjang masa. Dalam kes ini, bayi perlu dibawa berjumpa pediatrik kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bayi. Tawarkan juga makanan yang kaya dengan zat besi.

Terlalu tertekan

Bayi juga boleh hilang selera makan disebabkan main terlalu banyak dan menjadi sangat letih untuk makan. Kawal masa bayi anda bermain untuk mengelakkannya berlaku.  

Bila anda patut risau?

Segera lah berjumpa dengan doctor sekiranya bayi anda mengalami tanda-tanda berikut:

  • Tiada peningkatan dalam selera makan bayi anda.
  • Periksa tabiat makanan bayi anda dengan cermat selama dua hari. Tetapi jika masih berlaku selama seminggu atau lebih, bawalah bayi anda berjumpa doktor.
  • Hilang selera makan yang disertai dengan ruam, demam atau perubahan warna najis
  • Pengurangan berat badan bayi yang drastik
  • Bayi tidak naik berat badan dalam masa enam bulan.
  • Bayi tersedak atau muntah makanan.
Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top