SIDS – Punca & Tips Elak Sindrom Kematian Bayi Mengejut: 10 Danger Risks

SIDS pada bayi - Sindrom kematian bayi mengejut

Apa Itu SIDS?

Syndrom Kematian Bayi Mengejut ata (SIDS) adalah kematian bayi secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan bagi bayi yang berumur kurang dari 1 tahun. Kebanyakan kematian SIDS berlaku semasa tidur, jadi ia kadang-kadang dipanggil “kematian dalam buai.”

Bolehkah SIDS Dicegah?

Buat masa sekarang, masih tiada jawapan untuk mencegah SIDS. Ia adalah punca utama kematian bagi bayi berumur sebulan hingga 1 tahun dan masih susah untuk diagak walaupun telah banyak dikaji.

Tapi risiko SIDS dapat dikurangkanb. Yang paling penting: Bayi yang berumur bawah 1 tahun perlu diletakkan dalam posisi terlentang untuk tidur — jangan sekali-kali tidurkan anak dengan posisi meniarap atau ke sisi. Ini sebab tidur meniarap menaikkan risiko

Siapa yang Berisiko untuk Terkena SIDS?

Kebanyakan kematian SIDS berlaku pada bayi berumur 1 hingga 4 bulan, dan kes akan meningkat semasa cuaca sejuk.

Bayi mungkin berisiko lebih tinggi jika:

  • Ibu  merokok, minum alkohol, atau menggunakan dadah semasa hamil dan selepas bersalin.
  • Ibu mereka tidak mendapat penjagaan antenatal yang baik.
  • Bayi lahir pramatang atau berat terlalu ringan.
  • Ada sejarah SIDS dalam kelurga.
  • Umur ibu bawah 20 tahun semasa melahirkan anak
  • Bayi terdedah kepada asap rokok selepas lahir.
  • Suasana terlalu panas.
  • Anak tidur di permukaan lembut.
  • Anak tidur dengan objek lembut atau tak diselimtkan dengan betul.
  • Anak tidur di katil ibu bapa.

Doktor mendiagnosis kebanyakan masalah kesihatan berdasarkan simptom. Namun, SIDS hanya didiagnosis setelah semua kemungkinan punca kematian lain diketepikan.

Kenapa Tidur Meniarap Berbahaya?

SIDS pada bayi - Sindrom kematian bayi mengejut

Risiko SIDS lebih tinggi bagi bayi yang tidur di meniarap berbanding yang tidur terlentang. Bayi juga tak sepatutnya tidur dengan posisi di sisi sebab akan senang tertiarap.

Ada juga kajian yang menunjukkan tidur meniarap boleh menghalang saluran pernafasan. Tidur di perut boleh menyebabkan bayi menghirup semula udara yang dihembuskan sendiri, terutama kalau tidur menghadap tilam atau ada bantal yang dekat dengan muka.

Bayi yang meninggal akibat SIDS mungkin mempunyai masalah otak di bahagian yang mengawal pernafasan. Kalau  bayi bernafas udara yang tak segar dan tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan membuat bayi terjaga dan menangis untuk dapatkan oksigen. Kalau otak tak berfungsi dengan baik untuk mengejutkan bayi sewaktu tidur, tahap oksigen dalam badan bayi akan menurun.

Bayi sepatutnya tidur dengan posisi terlentang sampailah umur 12 bulan. Setelah itu, kalau bayi sudah dapat sudah dapat bergolek sendiri, anak dah boleh tidur posisi lain juga. Jangan gunakan sebarang peralatan atau bantal yang dikatakan dapat mengurangkan risiko SIDS.

Adakah Ibu Perlu Bimbang?

Ada ibu yang risau tentang “sindrom kepala rata” (positional plagiocephaly), di mana bahagian belakang kepala bayi menjadi rata sebab tidur terlalu lama dalam posisi terlentang. Tapi ibu boleh atasi maslaah ini dengan beri bayi tidur dalam buai.

Ada juga kerisauan bahawa bayi yang tidur terlentang mungkin tercekik. Tapi, posisi terlentang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk bayi tercekik jika dibandingkan dengan posisi tidur meniarap.

Ibu bapa perlu dapatkan naihat doktor jika musykil tentang posisi tidur yang terbaik untuk bayi mereka.

Apa Itu “Tidur Selamat”?

Sejak ianya disarankan oleh AAP, kadar SIDS telah menurun dengan ketara. Namun, SIDS masih merupakan punca utama kematian bagi bayi yang masih kecil. Kempen Tidur Selamat memberi kesedaran pada ibu bapa untuk memastikan bayi tidur dalam posisi terlentang dan persekitaran tempat tidur bayi adalah selamat.

Ini adalah cara-cara untuk mengurangkan risiko SIDS:

  • Dapatkan penjagaan antenatal awal dan berkala.
  • Letakkan bayi di atas tilam yang keras dan rata, jangan di atas bantal atau permukaan yang terlalu lembut.
  • Alas tilam dengan cadar yang sesuai dan jangan letak selimut lain. Elakkan benda lembut lain di tempat tidur.
  • Jangan gunakan pelindung atau bumper buaian. ia boleh boleh menjadi risiko bayi lemas.
  • Jangan kongsi katil dengan anak. Bayi sepatutnya tidur dalam bilik ibu bapa tapi perlu tidur atas katil bayi sampailah umur setahun.
  • Susukan bayi untuk naikkan imuniti bayi.
  • Berikan pacifier pada bayi semasa waktu tidur tapi jangan paksa anak. kalau terjatuh tak perlu gantikannya.
  • Pastikan bayi tak  terasa terlalu panas. Pakai pakaian yang selesa ikut suhu bilik  dan jangan tutup kepala bayi semasa tidur.
  • Jangan merokok semasa hamil atau selepas bersalin. Bayi lebih berisiko untuk terkena SIDS disebabkan ini.
  • Elakkan alkohol atau dadah semasa hamil atau selepas bersalin.
  • Jangan biarkan bayi tidur di tempat yang tak sesuai untuk tidur, seperti kerusi kereta bayi atau bantal untuk menyusu.
  • Jangan gunakan sebarang peralatan atau produk yang dikatakan dapat mengurangkan risiko SIDS, seperti alat tidur yang menahan posisi tidur.
  • Jangan guna selimut yang terlalu tebal dan berat untuk bayi.
  • Pastikan bayi diberi imunisasi yang disarankan kerajaan. Bayi yang telah diimunisasi ada risiko SIDS yang lebih rendah.

Kredit: KidsHealth

Baca Juga:

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top