Ada sesetengah ibu bapa kat luar sana berpendapat yang minat anak-anak akan dapat dilihat sebaik sahaja anak-anak mereka bila besar nanti. Mereka berpendapat bahawa anak-anak masih lagi fasa dalam mengenal dunia dan minat untuk mencuba pelbagai benda, lebih-lebih lagi kalau anak yang berusia bawah 5 tahun.
Bagus sebenarnya biarkan anak untuk meneroka dunia luar,namun ibu bapa juga perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap anak masing-masing kerana percaya atau tidak ada anak-anak yang telah pun tunjukkan keadaan mereka pada usia muda cuma tak sedar.
Cara Untuk Ketahui Bakat Terpendam Anak Anda
In this Article
Ada anak kecil yang lebih berminat untuk bermain dengan buat bunyi, ada juga anak-anak yang lebih suka untuk bermain conteng sama ada di dinding atau di baju sendiri. Penting untuk ibu bapa tumpukan perhatian kepada anak-anak kerana minat yang dimiliki oleh anak-anak mungkin dapat dikesan. Jika ibu bapa dapat dapat mengesannya lebih awal, ini satu peluang yang baik untuk ibu bapa mengasah minat anak-anak.
Perhatikan tabiat anak-anak
Budak-budak selalunya takkan dapat tahu minat apa yang mereka ada, walaupun perbuatan tu jelas lagi nyata. Sebagai contoh, kalau anak anda suka sangat bermain atau cipta rumah dari kotak dan hias kotak dengan warnakannya, berkemungkinan anak anda seorang pencipta. Mungkin pada pandangan kasar orang lain, nampak macam anak tengah buat bersepah, tapi sebenarnya disebabkan oleh anak masih kecil dan usia masih muda, dia tiada lagi kemahiran yang sebetul-betulnya untuk cipta sesuatu. Ianya satu proses membesar untuk anak juga.
Beri peluang
Bakat perlukan ‘satu pintu’ peluang untuk berkembang. Andai kata anak tidak diberikan peluang untuk mengasah minat pada usia muda lagi, berkemungkinan minat anak anda akan ‘mati’ sebelum sempat untuk kembangkan lagi potensi yang ada pada anak anda. Penting sebenarnya untuk sediakan peluang yang banyak kepada anak supaya minat yang anak-anak dapat ditonjolkan dan berkembang. Lebih elok lagi jika ibu bapa sering melibatkan anak untuk lakukan apa-apa aktiviti tak kisah sama ada aktiviti dalam atau luar rumah.
Asah kebolehan
Sentiasa berikan galakan dan pujian jika anak anda cuba untuk tunjuk atau kongsikan hasil reka cipta mereka. Biar anak-anak anda tahu bahawa anda bangga dengan segala pencapaian yang dilakukan oleh mereka dan tunjukkan minat yang anda sangat tertarik dan ingin tahu dengan minat mereka. Cari jugak masa yang sesuai untuk anak tunjukkan minat mereka pada keluarga terdekat atau sahabat handai yang lain. Mungkin kita rasa macam menunjuk tapi sebenarnya bukan ya. Ini akan tingkatkan lagi keyakinan pada anak terhadap bakat dan minat yang mereka ada.
Kalau minat yang ada pada anak macam melukis atau bersukan, bakat sebegini boleh diasah ketika anak-anak berada di bangku sekolah sebab kebnayakan sekolah ada sediakan pelajaran seperti Pendidikan Jasmani atau Pendidikan Seni. Tapi kalau anak-anak ada kebolehan yang lain dan sekolah yang mereka pergi tidak ada sediakan pelajaran untuk minat mereka, ibu bapa mungkin perlu cari inisiatif lain. Sebagai contoh, masuk kelas tambahan, sertai pertandingan dan perkakas yang sesuai dan diperlukan untuk anak-anak.
Tunjuk susun alur minat anak
Dalam pada masa yang sama asah minat anak, penting juga untuk dedahkan mereka dengan dunia sebenar supaya anak boleh nampak gambaran sebenar jika mereka berminat untuk fokus pada kebolehan mereka. Sebagai contoh jika anak minat dengan bermain piano, bawa anak pergi ke pertunjukkan piano atau bawa anak nonton orchestra. Kalau minat anak adalah melukis, cari pertandingan yang sedang dijalankan dan sertainya. Sentiasa bukakan pintu peluang untuk anak dalam asah minat mereka.
Kebolehan yang ada pada anak hanya akan berbaloi jika anak-anak nikmati apa yang mereka lakukan dan bukan disebabkan paksaan. Contoh situasi bila anak anda adalah juara pemain chess, tapi sebenarnya anak anda berada dalam keadaan yang sangat tertekan kerana apa yang dilakukannya telah menjadi beban dan bukan lagi satu minat. Tambah lagi jika anak dapat desakan daripada keluarga. Ibu bapa perlu bijak bezakan antara bagi sokongan atau desakan.