
Ruam kulit – merupakan perkara yang berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Disini kami berikan punca biasa berlakunya ruam kulit terhadap kanak-kanak.
1. Sunscreen/ Pelindung Matahari
Ruam kulit dan Sunscreen apa kaitannya? Sunscreen memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV, namun beberapa formula boleh menyebabkan masalah ruam kulit terhadap kanak-kanak. Cari Sunscreen yang tidak mempunyai para-aminobenzoic acid (PABA), ia merupakan bahan yang boleh menyebabkan keradangan kulit/ruam kulit. Untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas, sapukan broad-spectrum sunscreen iaitu pelindung daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF 30 atau lebih. Menggunakan sunscreen yang mengandungi zinc oxide adalah lebih baik. Untuk bayi berumur bawah 6 bulan, pastikan ibu-ibu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sunscreen kepada mereka.

