Ruam Kulit – 8 Punca Berlakunya Ruam Kulit Terhadap Kanak-Kanak: Easy Common Causes of Skin Rashes

ruam kulit terhadap kanak-kanak

Ruam kulit – merupakan perkara yang berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Disini kami berikan punca biasa berlakunya ruam kulit terhadap  kanak-kanak.

1. Sunscreen/ Pelindung Matahari

Ruam kulit dan Sunscreen apa kaitannya? Sunscreen memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV, namun beberapa formula boleh menyebabkan masalah ruam kulit terhadap  kanak-kanak. Cari Sunscreen yang tidak mempunyai para-aminobenzoic acid (PABA), ia merupakan bahan yang boleh menyebabkan keradangan kulit/ruam kulit. Untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas, sapukan broad-spectrum sunscreen iaitu pelindung daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF 30 atau lebih. Menggunakan sunscreen yang mengandungi zinc oxide adalah lebih baik. Untuk bayi berumur bawah 6 bulan, pastikan ibu-ibu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sunscreen kepada mereka.

2. Sabun Antibakteria 

Sabun antibakteria mungkin menyebabkan sedikit risiko. Bahan seperti triclosan mungkin memberi keradangan (ruam kulit) kepada kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif. FDA juga mempunyai bahan kimia di bawah kajian semula dari kajian yang menunjukkan FDA mungkin akan memberi kesan tumbesaran. Untuk mengelakkan kuman, sabun biasa dan air boleh digunakan seperti biasa.

3. Tisu Basah

Tisu basah kadang-kala berguna untuk bayi, tapi ia mungkin mengandungi alkohol atau bahan-bahan tambahan seperti pewangi yang menyebabkan keradangan kulit, masalah ruam kulit terhadap  kanak-kanak. Ada tisu basah yang mempunyai pengawet yang akan memberikan alahan dermatitis- ruam atau punca alahan daripada bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alergik. Sebaliknya, gunakan kain basah/lembap untuk menggantikan tisu basah. Apabila ibu-ibu keluar berjalan-jalan bersama anak-anak, pastikan simpan kain basahan di dalam bekas kedap udara.

4. Sabun Basuh Kain

Bahan kimia dalam sabun basuh kain kadang-kadang boleh menyebabkan dermatitis – ruam akibat sentuhan daripada benda yang menyebabkan keradangan kepada kulit. Ini selalu berlaku kepada kanak-kanak yang menghadapi eczema. Untuk mengelakkan daripada berlaku, gunakan sabun secara terkawal- jangan letak sabun dengan kuantiti yang banyak dan tanpa menggunakan pewangi pakaian dan pewarna baju. Tambahan lagi, pastikan bilas pakaian anak-anak termasuk selimut dan tuala dua kali untuk memastikan sabun betul-betul dibilas.

5. Syampu dan Pelembap

Semak bahan yang digunakan di dalam syampu sebelum diguna kepada anak ibu-ibu. Ada wangian dan bahan kimia di dalam syampu dan pelembap rambut yang mungkin mengganggu kulit kepala. Kajian menunjukkan ada bahan seperti phthalates, formaldehyde, dan 1,4 dioxane mungkin memberi kesan kesihatan. Untuk langkah yang selamat, cari produk daripada bahan yang semula jadi dengan kandungan wangian, kimia dan bahan-bahan lain yang sedikit.

6. Pelembut Fabrik

Jika anak ibu-ibu mempunyai kulit yang sensitif, elakkan untuk menggunakan cecair pelembut fabrik. Produk tersebut mungkin mengandungi bahan kimia dan pewangi tambahan – seperti limonene dan benzyl acetate – yang akan memberi keradangan kepada kulit, mata, hidung dan tekak. Sebaliknya ibu-ibu boleh cuba untuk tambah ½ cawan serbuk penaik atau ½ cawan cuka ke dalam mesin basuh semasa membilas untuk memberikan kesan kelembutan kepada kain.

7. Penyembur Serangga (BUG SPRAY) + Pelindung Matahari & Ruam Kulit​

Elakkan kombinasi DEET penyembur serangga dan pelindung matahari dalam satu produk. Kajian menunjukkan yang bahan kimia boleh diserap dengan mudah ke dalam kulit apabila ia adalah kombinasi dengan pelindung matahari dan DEET yang menyebabkan pelindung matahari tersebut kurang berkesan. Akademi Pediatrik Amerika menyarankan menggunakan pengawet (bahan kimia) yang tidak melebihi lebih daripada 30% DEET pada kanak-kanak. penyembur serangga tidak dibenarkan untuk digunakan kepada bayi yang berumur 2 bulan ke bawah.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top